Monday, June 01, 2015

SU PAS Jawab & Serang Balik.. DAP Cipta Bayang & Mengejarnya.


KL: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini membidas pimpinan tertinggi DAP kerana menyerang parti itu, termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut Mustafa tindakan parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat itu seolah-olah mahu menggambarkan Malaysia perlu diselamatkan daripada pelaksanaan hukum hudud.

"Seolah-olah hudud itu satu malapetaka," katanya di sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Musfata berkata siri serangan dan kritikan terbuka Setiasuaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang terhadap PAS mendapat liputan meluas dalam media. Katanya, kritikan berkenaan menjurus terus kepada peribadi Abdul Hadi dan membayangkan kedudukan Pakatan Rakyat bergantung kepada keputusan muktamar PAS minggu ini.

"Kenyataan itu gopoh, tak sabar. Itu tak kena," katanya menjawab serangan DAP. Beliau turut membidas Guan Eng memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang disifatkannya sebagai "gelabah".
"Saya nasihatkan beliau, cara itu tak kena. Cakap kasar, jangan gopoh. Ada perbezaan, kita selesaikan. Bab hudud, dah lama dah (mereka tak setuju)," kata Mustafa.

Kata Mustafa kempen Save Malaysia Government (Selamatkan Kerajaan Malaysia) oleh DAP juga dipertikaikan. Katanya, orang ramai boleh bertanya kepada DAP, parti itu mahu menyelamatkan Malaysia daripada apa? Mustapa menyerang DAP pula.

"Idea dia tak dapat sambutan, nak tutup malu daripada kenyataan yang dibuat. Gopoh sikit... Dia bertindak seperti political novice(orang baru dalam politik).
"Bukan nak memperkecilkannya (DAP), tapi saya rasa pelik," katanya dalam sidang medianya pagi ini. 
Menurut beliau lagi, tidak ada seorang pun pemimpin tertinggi dalam PAS berpendirian mahu membawa parti itu keluar dari Pakatan Rakyat. Malah Setiausaha Agung PAS itu berkata setakat ini beliau tidak mendengar sebarang usul yang mahu parti berkenaan dibawa keluar daripada Pakatan.

Bahkan katanya, beliau juga difahamkan dalam ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar nanti, isu berkenaan juga tidak terkandung.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hanya DAP yang mencipta bayang-bayang atau hantu, dan mengajak orang lain mengejarnya. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails