Friday, June 05, 2015

A/Hadi Menang, Mat Sabu Tewas. Grup Pro Ulama Perentah PAS?


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan presiden PAS bagi penggal 2015-2017. Abdul Hadi memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat 233 undi.

Bagaimanapun, Mohamad Sabu gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden. Beliau ditewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 881 undi. Mohamad hanya mendapat mendapat 279 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi. Sebaik sahaja nama A Hadi diumumkan, kira-kira seratus penyokong, pemerhati dan perwakilan melaungkan takbir.

Sebanyak 1,162 kertas undi dikeluarkan dan bilangan kertas undi yang berada dalam peti undi sebanyak 1,161. Sebanyak satu kertas undi tidak dikembalikan dan tiada undi rosak. Keputusan itu menunjukkan kira-kira 70 peratus perwakilan mengundi mengekalkan Hadi sebagai presiden parti, dan memilih Tuan Ibrahim sebagai timbalan Hadi.

Keputusan bagi jawatan lain belum diumumkan. Kemenangan itu amat bermakna kerana ini kejayaan sulung Hadi di peti undi setelah mengambil alih kerusi itu daripada allahyarham Datuk Fadzil Noor pada 2002. Dalam 13 tahun menjadi presiden, A Hadi tidak pernah dicabar sehinggalah Ahmad, bekas naib presiden dan presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), tampil memecahkan tradisi itu tahun ini.

Hadi juga mungkin mencipta rekod sebagai presiden PAS paling lama dalam sejarahnya apabila dipilih berkhidmat untuk dua tahun lagi. Sebelum ini, daripada lapan presiden PAS, belum ada yang berkhidmat melebihi 13 tahun.

Kemenangan A Hadi itu dilihat bakal memberi kesan besar kepada hala tuju PAS ketika komitmen beliau kepada Pakatan Rakyat mula dipertikai. DAP sendiri sebelum ini memutuskan hubungan dengan Hadi. Antara isu yang sentiasa menjadi duri dalam daging hubungan parti Islam dan DAP, sebuah parti sekular, tentunya berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

DAP sudah beberapa kali menyatakan kebimbangan riwayat Pakatan mungkin berakhir minggu ini, dipercayai merujuk kepada keputusan hari ini yang sudah dijangkakan olehpenganalisis lebih awal.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: A/Hadi menang, Mat Sabu tewas. Dikatakan grup pro ulama atau ulama perentah dan kuasai PAS. Sebelum ini pimpinn Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat semalam juga dikatakan dikuasai oleh golongan pro ulamak. Grup professional kini kalah teruk?

Kalau benar cerita ada dua grup dalam PAS, atau berlaku pertembungan atara dua grup, maka amat malanglah parti Islam itu. Atau itu adalah satu saringan tarbiah kepada PAS untuk mengkualitikan perjuangannya. Waallahu 'aklam.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah,lepas ni kutip balik Hasan Ali,Nasarudin mat Isa dan pakat2 gabung dgn Umno.lepas tu pas bungkus dgn barisan2 pak lebai yg kaki ponteng di parlimen maupun dun.kita blh lihat peranan wakil Rakyat proulama ni yg langsung tak berkhidmat pd Rakyat spt MP Temerloh,btg hidung pun tak nampak sibuk dgn karier politik pak lebai.kami mmg ckp menyesal sokong puak2 mcm ni sbg pemimpin,malu dgn wakil Rakyat DAP yg senantiasa perihati dgn msyrkat .Pro ulama ni maaf ckp mmg tak layak jd ahli politik.Sombong dgn ilmu tapi jahil dan tonggong dlm politik.Ingat apa yg Haji Hadi buat masa MB Trengganu tak de kemajuan langsung dan jenayah meningkat serta Rakyat pun hidup sudah.Begitu juga tumbangnya Kedah yg di pimpin oleh proulama kononnya.Hancur pas kali ni dan ramai yg at as pagar baik melayu,cina atau India tidak akan undi calon pas.Hadi dan pro ulama bkn pilihan kami.

Anonymous said...

Jgn frust bro .......... berfikiran positif la sikit !

Anonymous said...

PAS undur 40 tahun ke belakang

Unknown said...

Tongkat Waran yg dipegang oleh almarhum Usman Awang hingga akhir berdiri juang dalam pas , kembali ke rahmatullah. TONGKAT TUANG PRESIDENG KEMABALI KEPADA NYAWA NAJIB.....KAH! KAH! KAH!
masa banjir tsunami kelantan x menyerlah usaha hampir kesemua siustaz ustaz yg menjadi kaki ponteng dalam mesyuarat DUN maupun Parlimen membantu mangsa banjir yg hingga kini merempat tinggal dalam khemah."saya sokong sepenuh penuhnya tulisan sipengomer pertama ruangan ini., kerana saya adalahABU (asalkan bukan umno dan PASUMNO) dan diatas pagar undi/tidak undi.

Unknown said...

TUANG juga membawa erti ponteng.memang layaklah mereka ini diberi pangkat TUANG ULARMAK DAN TUANG pemanas kerusi saja dan x menonjol ambil bahagian dalam perbahasan Yang Berhormat Adun dan juga Parlimen.

Unknown said...

Aku ore kalate. Aku rasa betul anon 3.07am sbut pas dah nak nak mampus di kel. Menang dulu krn aura tok guru. Mampus pas

Anonymous said...

Lps bungkusnya Trengganu,Kedah lepas tu yg pasti Kelantan.Hj Hadi duk ngangkang je dgn lebai2 Malang yg syok sendiri.Ingat kekuatan Pas selama ni kerana ketokohan Nik Aziz yg dpt menarik pengundi atas pagar menyokong pas.kalau setakad Hj Hadi yg flip flop tu dan kaki ponteng pasti hancur pas.Nik Aduh serupa pondan nak jd pemimpin pemuda,dlm parlimen pegang telor bolehla.Realiti nya hebat dlm muktamar,cuba ajak debat walau dgn sesiapa pun ada branike?Hoi jgn syok sendiri ko ingat dgn gelar diri sendiri ulamak ko hebatkah?Dlm politik dgn parti lawan tak de telor,asyik takbir sampai bila?Jd YB pun asyik berpolitik sesama ahli sendiri.tak ada sumbangan berbanding YB Dap dan Pkr di kawasan masing2.Hoi! Kata pandai ttg hukum agama tp yg ko rang makan gaji buta tak takut akhirat ke.Rakyat dah berbunyi tp lebai2syok sendiri ni buat bodoh,tukar kereta mewah dan bodoh sombong.lu pikirla kami yg luar dr parti pas dah jemu dgn sikap kamu.selamat tinggal lebai!!!

Anonymous said...

Yeah selamat tinggal PAS...."PAS NOT FOR ALL" "PAS ONLY FOR PAK LEBAI" yg suka melabel org dgn pelbagai jenama yg tak sependapat dgn mrk. Pas kelantan menang kerna aura dan kebijaksaan TGNA mentadbir...PAS kedah kalah kerna kesombongan pemimpin yg cuba dibantu oleh TGNA dan ditolak oleh pemimpin kedah & Trengganu kalah kerna pemimpin PAS mereka gelojoh dan tak tahu mentadbir...dah bagi 3 negeri...2 gagal macam mana nak bagi Malaysia. Fikir2kan!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails