Tuesday, June 02, 2015

Kata 2 Najib: Hishamuddin Sokong Bersyarat Atau Sokong Bawa Rebah? (66)

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata dua kepada menteri yang tidak menyokong usaha memulihkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyokong tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi kata dua kepada menteri yang tidak menyokong usaha memulihkan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Jun, 2015. 

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Akauntabiliti terhadap kemungkinan kesalahan dan ketelusan bagi menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) diperlukan untuk menyokong perdana menteri, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.
Beliau mengisytiharkan sokongan bersyarat kepada kata dua Datuk Seri Najib Razak kepada menteri untuk meletakkan jawatan atau menyokong usaha pemulihan syarikat sarat hutang 1MDB.
Naib presiden Umno itu berkata, persetujuan itu dilakukan sekiranya 1MDB melaksanakan 3 perkara, iaitu pelan rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan, dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.
"Setuju dgn syarat
  • 1) Rationalisasi 1MDB
  • 2) Akauntabiliti sekiranya ada salah
  • 3) Ketelusan 1) &2) di atas,"
kata Hishammuddin di laman Twitter miliknya @HishammuddinH20 hari ini.
 
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas kerana dikatakan berada di Singapura. Susulan kenyataannya itu, beberapa pengguna laman sosial tersebut turut memberikan respons mereka.
 
Pengguna dengan nama "Erwan79" berkata, "sebelum suruh Kabinet letak jawatan, suruh ahli lembaga pengarah 1MDB dulu letak jawatan, siasat dengan telus."
Seorang lagi pengguna, "Mazlan Razak" berkata,"Syabas. I like ministers with balls!" (Saya suka menteri yang berani).
 
Kenyataan itu dikeluarkan Hishammuddin susulan laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memetik sumber, mengatakan Najib membuat kenyataan itu sejurus selepas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada anggota Kabinet pada mesyuarat Jumaat lalu.
 
Utusan Malaysia turut melaporkan tiada seorang pun anggota Kabinet berani tampil menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Najib walaupun diberi peluang berbuat demikian.
 
"Perdana menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian," sumber itu dipetik sebagai berkata. Difahamkan perkara itu turut dilaporkan portal berita Malaysia-today.net.
 
Selasa lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad turut menggesa perkara yang sama kepada menteri yang tidak bersependapat dengan keputusan kolektif Kabinet berhubung isu 1MDB.
 
Beliau bersetuju dengan saranan bekas naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah supaya semua Kabinet memainkan peranan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab mereka berhubung isu syarikat yang dibebani hutang itu.
 
Jumaat lalu, Kementerian Kewangan menjelaskan, sebuah syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1MDB dalam usahanya membayar hutang AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.
 
Husni berkata, pembayaran daripada Ipic dan anak syarikatnya, Aabar Investments, merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.
 
"Bayaran AS$1 bilion ini akan digunakan untuk membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.
"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti di antara pihak tertentu. Butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya. – 1 Jun, 2015.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails