Tuesday, June 02, 2015

Pengarah Filem’ Antara 13 GRO Dicekup Di Kelab Malam Melaka..

ANTARA 13 GRO yang ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops Ikrar di sebuah kelab malam di Taman Melaka Raya, Melaka semalam.

MELAKA – Seramai 13 wanita warga asing termasuk seorang ‘pengarah filem’ yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan Jabatan Imigresen di sebuah kelab malam di Taman Melaka Raya di sini semalam.
 
Dalam serbuan Ops Ikrar pada pukul 12.30 tengah malam itu, selain GRO terbabit, turut ditahan dua lelaki warga Singapura yang merupakan pemilik kelab malam itu.
 
Difahamkan, salah seorang daripada GRO yang merupakan warga China itu memiliki pas lawatan untuk bekerja sebagai pengarah filem, namun sebaliknya berlaku apabila wanita itu bekerja sebagai GRO di kelab malam terbabit.
 
Dalam pas lawatan milik wanita yang dikeluarkan itu, wanita tersebut adalah sebagai pengarah filem yang bertajuk The Woman Detective yang didaftarkan di Seremban, Negeri Sembilan.
 
Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, 13 GRO yang ditahan itu terdiri daripada sembilan wanita warga China dan empat wanita Vietnam berusia antara 20-an hingga 30-an.
 
“Kesemua 13 wanita GRO itu didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya melanggar syarat pas, permit dan pas sempadan manakala dua lelaki warga Singapura itu ditahan kerana menggaji warga asing secara tidak sah,” katanya di sini semalam. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails