Wednesday, June 03, 2015

Cabaran Media Sosial Satu Fenomena Melampau -K/Dewan Muslimat

Timbalan Presiden Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff memberi ucapan semasa Muktamar Muslimat PAS di SACC, Shah Alam, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2015.
Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff memberi ucapan semasa Muktamar Muslimat PAS di SACC, Shah Alam, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2015.
 
Dewan Muslimat PAS Pusat mengakui trend kebocoran maklumat dan rahsia dalaman parti melalui media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan Facebook kini berlaku dengan mudah, cepat dan meluas, kata Siti Zailah Mohd Yusoff.
 
Menganggap cabaran media sosial sebagai satu fenomena melampau, Ketua Dewan Muslimat itu berkata ia memberi kesan besar kepada keutuhan gerakan Islam PAS yang sebelum ini menitikberatkan etika dan adab kerahsiaan dalam jemaah.
 
Katanya, sebahagian ahli PAS gagal mengelak dan mengawal diri daripada mendedahkan perselisihan melalui media baru, sama ada bersifat individu dalam jemaah atau diantara kumpulan yang berlainan.
"Cabaran yang bersifat ancaman dari media baru ke atas gerakan Islam kalau tidak dibendung secara berhikmah akan menjadi kanser kepada jemaah kita," katanya semasa berucap di Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Shah Alam, hari ini. – 3 Jun, 2015
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?
E-Buku IH-101: Menjelang Muktamar 2015. Tenang, Tapi Ada Buaya?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails