Wednesday, June 03, 2015

K/Pemuda PAS: Abduh Kalahkan Suhaizan. Tak Rasmi Tapi..


Ini keputusan tidak rasmi. Sekarang tengah berlangsung ucapan penggulungan, tidak rasmi Ustaz Nik Abduh mengalahkan Suhaizan dan sekaligus telah mengangkat Ustaz Nik Abduh yang juga anak kepada Allayarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Ketua Pemuda Pas yang baru.

Suhaizan ucap tahniah pada pimpinan baru

Ketika para perwakilan berdebar-debar menunggu keputusan pemilihan Dewan Pemuda PAS, Suhaizat Kaiat, dalam ucapan penggulungan, mengucap tahniah kepada barisan kepimpinan baru.

Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan ketua Pemuda PAS, dengan tersenyum, turut mengucapkan terima kasih kepada semua kerana memberi kerjasama sepanjang beliau menerajui Pemuda PAS. 
 
"Terima kasih kepada semua yang beri kerjasama pada Pemuda PAS. 
"Belum ada pengumuman lagi tapi kita semua tahu dah. Saya ucapkan tahniah pada pimpinan yang baru," katanya. 
 
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pergulungan pada Muktamar Pemuda di Shah Alam petang ini. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails