Monday, June 01, 2015

Perkauman Di AS: Keganasan Melampau Polis Bunuh 385 (Lebih 2 Orang Sehari).


GAMBAR fail 18 Ogos 2014 menunjukkan polis bersiap sedia menghadapi penunjuk perasaan di Ferguson, Amerika Syarikat. - AFP

WASHINGTON – Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati purata lebih dua orang sehari sepanjang tahun ini, lapor akhbar Washington Post semalam.
Akhbar berkenaan mengesan kematian oleh polis di seluruh AS berikutan ketiadaan data tersebut ekoran jabatan polis negeri tidak perlu memfail laporan mengenainya kepada kerajaan persekutuan.
 
Menurut Washington Post, sehingga kini, sekurang-kurangnya 385 orang telah ditembak mati oleh polis di seluruh AS atau bersamaan lebih 2 orang sehari. Akhbar sama melaporkan bahawa banyak kematian itu bermula daripada insiden kecil antara polis dan anggota masyarakat yang kemudian bertukar ganas.
 
Sebagai contoh, polis di bandar Miami Gardens, Florida menembak mati seorang lelaki sakit mental yang menghayungkan sebatang penyapu. Ibunya menghubungi polis kerana gagal memujuk anaknya masuk ke rumah ketika cuaca sejuk.
 
Namun, lapor Washington Post, kebanyakan mereka yang mati pada tahun ini didapati memiliki senjata berbahaya seperti senjata api dan pisau. Sebanyak 16 peratus kematian melibatkan suspek yang membawa senjata mainan atau tidak bersenjata.
 
Angka tersebut disiarkan ketika perdebatan hangat di AS berhubung isu keganasan melampau yang digunakan oleh polis terutamannya terhadap komuniti kulit hitam dan Latin.
 
Antara kes paling hangat dibahaskan ialah berhubung kematian lelaki kulit hitam, Micahel Brown, 18 yang ditembak oleh polis kulit putih di bandar Ferguson, dalam negeri Missouri pada tahun lalu. Rusuhan ganas tercetus di Ferguson dan kawasan sekitarnya selepas pihak berkuasa gagal bertindak terhadap penembak Brown. – AFP

2 comments:

Hamdan CH said...

TGNA pernah berkata AMERIKA AKAN DIRUNTUHKAN OLEH PERKAUMAN RAKYATNYA. Sama sama kita nantikan masanya.

sade said...

ان شالله

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails