Thursday, June 04, 2015

Putus Dengan DAP. -Dewan Ulama Lulus.


Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS supaya membatalkan kerjasama dengan DAP tetapi kekal bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul tergempar oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama Mokhtar Senik dibuat rentetan daripada serangan dahsyat DAP terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan parti itu.

"DAP dengan lantang menggugat kedudukan PAS dan presiden dengan mengisytiharkan memutuskan hubungan dengan presiden yang menjadi ayah kita dalam PAS.

"Kita tidak sanggup menyerahkan presiden kita dinodai parti rakan DAP. Keberanian DAP itu disebabkan setengah kita tidak memberi walak kepada presiden.

"Mereka masuk dalam rumah kita, cuba ganti ayah dalam rumah kita. Sikap DAP seolah-olah dia memimpin PAS dan cuba mengawal PAS, seolah-olah PAS tidak ada presiden," katanya.

Beliau mendakwa DAP cuba melakukan pencerobohan dalam PAS dengan cuba mengawal muktamar PAS dengan menghantar isyarat jika hendak mengukuhkan PAS dalam Pakatan, maka hendaklah mengekalkan kepimpinan pro-Pakatan.

"Jadi kita usulkan, putuskan hubungan dengan DAP tapi bukan dengan PKR dan Pakatan.

"Kita mahu menghantar isyarat bahawa parti Islam ini ada dasar dan prinsip," katanya.

Kemudian, Perwakilan Dewan Ulama Perak, Nor Azli Musa bangun untuk membahaskan usul tergempar itu dengan menyeru semua perwakilan bangunan sebagai tanda sokongan kepada usul tersebut.

Semua perwakilan yang hadir bangun dan mengucapkan takbir beberapa kali sehingga bergema di dewan Datuk Fadzil Monhd Noor di Taman Melewar, Gombak.

Usul itu kemudiannya diisytihar diterima sebulat suara oleh pengerusi tetap.

Selepas itu, perwakilan Kelantan Hassan Mahmood bangun mahu cadangan itu dipinda sedikit supaya Majlis Syura mengkaji kedudukan PAS dalam Pakatan dari sudut maslahah dan politik sebelum membuat keputusan itu.

Bagaimanapun Nor Azli kemudiannya bangun semula membantah syor Hassan memandangkan usul itu telah diterima sebulat suara.

Pengerusi tetap memutuskan cadangan memutus hubungan DAP dikekalkan tanpa pindaan. (MK)

8 comments:

Anonymous said...

Elok laa bila dah putus tu letak la jawatan kat kerajaan negeri pulau pinang.kat situ DAP yg berkuasa.baru ada maruah.nanti org kata bwk kitab jer..marah kerr

bat8 said...

Memutuskan hubungan dengan DAP adalah tindakan tidak bijak, berfikiran singkat dan emisional yang kita xjangka dibuat Dewan Ulamak PAS. Ketinggian siyasah Islam dah direndah2kn. Yang pasti akan merugikan PAS.

Satu sudut penting nampaknya tak dapat difahami oleh ulamak2 emosional ini. Sudut itu ialah mengheret PKR kedalam permainan politik standard budak tadika ulamak2 DUPP. Bayangkan keputusan ini akan diterjenahkan melalui tindakan2 yg lebih agresif dan tak masuk akal oleh PAS yang bukan lgi menghuruhara PR tetapi sudah sampai ketahap mahu membunuh PR dengan sadis. Saya percaya PKR tidak akan membiarkan PAS atau kebih tepat ulamak UG bertindak ganas sebegini. Akan tiba saat yg paling optimum untuk menendang PAS keluar dari PR iaitu dimana wujud satu persepsi paling buruk kepada PAS akibat dari tindakan mereka untuk menrealisasikan keputusan DUPP ini.

Inilah timing yg paling optimum. Masa itu PAS sudah tertolak secara meluas.

Anonymous said...

Satu keputusan dari otak yang tidak waras dan aneh mahu putus hubungan dengan DAP tapi tidak dengan PKR dalam jangksa waktu yang sama presiden PAS menidakan kewibawaan presiden PKR apakah jenis kejadah pmimpin dan halatuju PAS yang kita hendak ikut tolong beri pencerahan kepada ahli bawahan seperti saya ini,sebab yang membuat calun menang adalah kami dibawah sana dan perwakilan yang hadir dalam muktamar belum lagi membuat keputusan kenapa DUPP begitu cepat membuat keputusan.

Anonymous said...

Hairan dgn manusia begini. Bila DAP putus hub dgn presiden dia kata bijak. Bila PAS bertindak dia kata tak guna otak. Cuba kau kacau hidup orang.cAku nak tengok. Silap 2 kau kena pancung.
Prinsip gabungan PR adalah isu bersama. Setiap komponen tak sepatut campur soal basic parti masing2. Tapi itulah yg DAP buat. Soal HUDUD adalah teras PAS. DAP hormat. Barulah Aman.
BERKAHWIN BUKAN UNTUK KITA UBAH ALAT KELAMIN SEPERTI PASANGAN KITA.

Anonymous said...

SOKONG 100%. Mantiq ulama tidak macam kita. Hajar sikit DAP yg bongkak.

Anonymous said...

Ulamak jahat ramai dlm Pas Parti Ajaran Sesat

Anonymous said...

mana kau tau sesat. Sesat macam mak bapak kau kah? Sesat pun tak bawak lari duit rakyat. Kalau kau diam pada orang yg curi duit rakyat, kau lah yg sesat.

Anonymous said...

Tu Lah dah ketua ko Hadi pendirian mcm katak,berdalih2,bungkuslah pas lps ni serupa lebai Malang.bodoh,ingat parti pas kuat kerana ramai yg atas pagar kagum dgn Nik Aziz.kalau Hj Hadi tu serupa dgm Hasan Ali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails