Tuesday, April 01, 2014

PAS Tegaskan Pendirian Bersama Ikhwanul Muslimin





KL: PAS mengulangi penegasan untuk tetap bersama pertubuhan Ikhwan Muslimin bagi memperjuangkan masyarakat Islam yang adil dan saksama secara demokratik dan aman. Sehubungan itu, PAS menyeru kerajaan Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) agar menarik balik keputusan menyenarai hitam Ikhwan Muslimin sebagai organisasi pengganas.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS memandang serius perkembangan yang sedang berlaku di Timur Tengah apabila Kerajaan Arab Saudi telah menyenaraikan Ikhwanul Muslimin sebagai organisasi pengganas bersama dua  lagi sayap al-Qaeda di Syria kerana dilihat memberi ancaman kepada negara antarabangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin telah menunjukkan sifat toleransi dan kesabaran yang tinggi walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dan ujian.
"Pertubuhan ini telah sejak sekian lama bergiat cergas di serata dunia secara aman dah telah menyumbang kepada dunia Islam. Mereka tetap konsisten bersama terlibat secara aman walaupun ramai kalangan pimpinan mereka yang dibunuh dan di penjara," ujarnya.

Malah, tambah beliau pertubuhan Ikhwan Muslimin telah lama terlibat dalam proses demokrasi di negara-negara seperti Jordan, Yemen, Kuwait, Moroko, Tunisia dan Mesir.

"Mereka telah terbukti melakukan perubahan sosial dan politik secara aman melalui proses demokrasi," tegas beliau.

Menurutnya, walaupun agenda reformasi politik Ikhwan bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus melalui demokrasi, namun mereka seolah-olah dilihat tidak mempunyai tempat di dalam politik demokrasi.

Presiden PAS turut melahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Mesir apabila mahkamah telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 529 pimpinan serta penyokong Ikhwan Muslimin.  Mesir kini berada di bawah penguasaan junta tentera  pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi. (HD)

2 comments:

Hakimi Abdul Jabar said...

Assalamualaikum wbt Tuan Haji Ibnu Hasyim,

Alhamdulillah, saya telahpun menulis sebuah buku cetak yang sudahpun diterbitkan berkenaan sejarah dan cubaan dan dugaan Ikhwanul Muslimin dan pelbagai kezaliman yang bersifat kejam dan kebinatangan ke atas tokoh-tokoh, ahli-ahli dan para penyokongnya :

The History and Legacy of Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood) : Trials, Tribulations and Persecutions by Hakimi bin Abdul Jabar

https://www.createspace.com/5964808

Daripada,
Hakimi bin Abdul Jabar

Hakimi Abdul Jabar said...

Penulisan saya itu juga turut sebagai seorang ahli gerakan Islam sejak usia saya belasan tahun, iaitu Malaysian Islamic Study Group (MISG) yang sememangnya memahami dan tahu akan Ikhwanul Muslimin dan para pelopornya.

Jazakallah khair.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails