Thursday, April 03, 2014

Letupan Di Luar Universiti Kaherah, Bukan Dari Ikhwan Muslimin.

BEBERAPA orang terkejut melihat sebutir bom meletup di luar Universiti Kaherah di Kaherah semalam. 

KAHERAH - Sebuah stesen televisyen di Mesir semalam melaporkan letupan ketiga berlaku di luar kampus utama Universiti Kaherah di sini semalam. Letupan tersebut merupakan yang ketiga di lokasi yang sama dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Dua letupan awal itu menyebabkan seorang pegawai polis berpangkat jeneral dan seorang orang awam terbunuh. Seramai tujuh orang lagi cedera termasuk tiga pegawai polis dalam siri serangan berkenaan.

Siri serangan bom itu disasarkan pada polis antirusuhan yang sering dihantar ke lokasi berkenaan bagi menghalang tunjuk perasaan oleh para pelajar yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Dua bom itu disembunyikan di bawah sebatang pokok dan meletup selang satu minit.
Stesen televisyen di Mesir menyatakan kemungkinan bom itu buatan sendiri. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mungkin serangan itu bukan dilakukan oleh gerakan Ikhwan Muslimin, kerana mereka telah mengumumkan tidak akan melawan regim perampas kuasa kerajaan Mesir dengan kekerasan, pengeboman atau militan.

2 comments:

Anonymous said...

Itulah silapnya Ikhwan Muslimin kerana tidak mahu melawan secara bersenjata. Dah sampai masanya gerakan Islam seluruh dunia berjuang guna senjata sebab Nabi Muhammad turut berjuang guna senjata jadi tak salah sebagai umat baginda kita ikut jejak baginda. Sampai bila nak berjuang tanpa senjata atau kekerasan, PAS berjuang ikut Perlembagaan selama ni paling kuat pun tawan 2 negeri aje dalam satu masa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails