Friday, June 10, 2011

N/Kebajikan, Tidak Mesti Bentuk Material -Nik Aziz

"This is my first visit to Kelantan" told Mr Lee Kuan Yew to Nik Aziz....

KL, 10 Jun 11: Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari dengan kehendak Islam. Konsep berkebajikan itu tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu lagi, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

“Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang,” kata beliau di Kota Baru semalam.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu Jumaat lalu menekankan konsep membangun negara berkebajikan. Penekanan konsep itu dikritik pesaing politik PAS sejak idea tersebut diketengahkan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails