Thursday, November 24, 2022

Tembung di Padang Serai. & Kebangkitan PAS.

 

LIMA daripada enam calon Parlimen Padang Serai (dari kiri), Mohammad Sofee Razak: C. Sivarraajh; Azman Nasrudin; Hamzah Abd. Rahman dan Sreanandha Rao pada proses penamaan calon di Dewan . (FOTO: di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah. (FOTO: UTUSAN/SHAHIR NOORDIN)

1. PRU15: Pertembungan di Parlimen Padang Serai kekal enam penjuru

PADANG SERAIKedah: Peguam, Dr. Mohammad Sofee Razak diumumkan sebagai calon baharu Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai yang kekal pertembungan enam penjuru.

Proses penamaan calon PRU15 bagi kawasan itu berlangsung di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah dibuka jam 9 pagi ini sebelum ditutup pada jam 10 pagi, di sini, hari ini, susulan ditangguhkan berikutan kematian calon PH yang telah disahkan bertanding sebelum ini, M. Karupaiya.

Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Datuk Azman Nasrudin (PERIKATAN NASIONAL), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), dan calon Bebas, Sreanandha Rao pada PRU15  yang berlangsung pada 19 Nov lepas.

Keempat-empat calon Azman, Hamzah, Sivaraajh dan Sreanandha turut melakukan cabutan semula undi bersama Mohammad Sofee untuk menentukan susunan nama pada kertas undi – kecuali Mohd. Bakhri yang tidak hadir pada proses hari ini, tetapi penyertaannya tetap diterima memandangkan beliau sudah menjalani proses sama pada 5 Nov lalu.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh 7 Dis 2022 sebagai hari pengundian, manakala 3 Dis sebagai tarikh pengundian awal dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 6 Dis.

PRU15 Parlimen Padang Serai akan menggunakan 46 pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi (saluran) dan satu pusat mengundi awal yang mempunyai dua tempat mengundi (saluran).

Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt akan digunakan untuk pilihan raya itu, yang mengandungi 133,867 orang pemilih yang terdiri daripada 133,776 pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Pada PRU14, Karupaiya yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)  memenangi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 8, 813 selepas mengumpul jumah undi keseluruhan 31,724 mengalahkan calon PAS, Muhammad Sobri Osman yang mendapat undi 22,911 dan Barisan Nasional (BN), Dato’ Dr Leong Yong Kong (15,449 undi). – HARAKAHDAILY 24/11/2022


2. Ibrah 24 November: Tarikh kebangkitan PAS 

SEJARAH awal

Apabila kita meneliti sejarah kebangkitan Islam di Tanah Melayu, kita akan temui jalur perjuangan itu bersambung dengan dua jalur besar, iaitu Sarekat Islam dan Masyumi, selepas Perang Dunia Kedua.

Sarekat Islam ditubuhkan pada 16 Oktober 1905, yang bersambung dengan Jam’iyatul Rusyidiah yang diasaskan oleh Syeikh Ali Kelana Riau. Syeikh Ali Kelana merupakan salah seorang murid kepada Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fathani. 

Dari Jam’iyyatul Rusyidiah, lahir Jam’iyyat Khairi pada 1905, yang menjadi asas kepada tertubuhnya Sarekat Dagang Islam. Selepas itu pada 1909 dikenali sebagai Sarekat Islam.

Manakala Masyumi pula, lahir daripada penubuhan Majlis Islam A’la Indonesia (MIAI) pada 1937, yang merupakan inisiatif Partai Sarekat Islam Indonesia (PSII). Setelah itu ia  melahirkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi) pada 1943.

Daripada kedua-dua pertubuhan ini, lahirlah Hizbul Muslimin 1948, yang kemudiannya melahirkan Persatuan Ulamak Malaya yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951. Persatuan ini telah mengadakan persidangan di Bagan Tuan Kecil pada 24 November 1951.

Dalam persidangan 24 November tersebut telah memutuskan bahawa nama persatuan yang ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 di Kuala Lumpur itu dikenali sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) dan Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS yang pertama.

Husnudzon dengan Allah

Rantai perjuangan yang berpanjangan ini sambung menyambung dengan perjuangan golongan terdahulu. Tidak terputus. Bahkan akan terus menyambung, insya-Allah. Ada yang telah pergi, dan ada yang masih menunggu.

Perjuangan yang didasari dengan ilmu dan kefahaman tidak mudah untuk terputus, apa lagi terhenti. Berbeza dengan perjuangan atas dasar slogan kosong atau diisi dengan buih-buih sentimen. 

Dalam kita melihat jalur panjang rantai perjuangan ini, kita akan sedar bahawa di sana menuntut supaya kita yakin dengan Allah S.W.T, dan bersangka baik terhadap ketentuanNya. 

Nabi S.A.W bersabda;

لا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إلَّا وَهو يُحْسِنُ الظَّنَّ باللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Janganlah salah satu di antara kalian mati, kecuali berprasangka baik terhadap Allah.”

(Shahih Muslim)

Hari ini sudah tahun ke 71 penubuhan PAS. Perjuangan dalam ‘perang pemikiran’ yang berpanjangan ini tak mungkin akan tersia-sia begitu sahaja. PAS pernah berada di posisi kerajaan, apatah lagi sebagai pembangkang. PAS pernah bergabung dan berpakat dengan banyak pihak, dan pernah ditendang. 

Matlamat vs perang pemikiran

Di dalam buku Jalan Dakwah, Antara Keaslian dan Penyelewengan, Fathi Yakan menyatakan;

“Sudah diketahui bahawa setiap orang yang mempunyai matlamat akan berjalan di jalan yang selamat, jalan yang boleh menyampaikannya kepada matlamatnya. Ia berusaha sedaya upaya untuk mengenali jalan serta tanda-tandanya, sebelum ia memulakan perjalanan agar tidak terkeliru dan tersimpang ke lain, tidak terbuang dan sia-sia usaha tenaganya, waktu dan masanya, tanpa sampai ke matlamat yang ditujuinya. Biasanya orang ini akan meminta bantuan daripada orang orang yang arif dan pakar mengenai jalan ini untuk mendapatkan tunjuk ajar dari mereka dengan syarat orang orang itu boleh dipercayai dan bersifat amanah dalam tunjuk ajarnya. Jika tidak, pasti ia tidak berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan mengenai jalan tersebut.”

Elemen yang terbesar dalam perjuangan ini, adalah matlamatnya. PAS terpaksa melalui liku-liku yang panjang untuk mengangkat pemikiran Islam yang berTuhankan Allah S.W.T. Dalam pada itu, PAS terpaksa berhadapan dengan pelbagai ideologi yang menentang.

PAS terpaksa menghadapi nasionalisme yang ‘terlalu kanan’, sosialisme demokrat, demokrasi sosial, liberalisme, sekularisme dan sebagainya. Kesedaran untuk berhadapan dengan Perang Pemikiran ini menjadikan PAS semakin dicabar dengan realiti yang menghanyutkan. 

Rata-rata ideologi Barat yang tidak terpisah daripada sekularisme, tidak meletakkan matlamat perjuangan mereka adalah Allah S.W.T. Rujukan dalam kamus perjuangan mereka adalah tokoh tokoh falsafah Barat, seperti Karl Marx, John Locke dan lain-lain.

Jauh sekali untuk mereka menikmati rasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. Mereka hanya bergantung kepada cara berfikir tokoh Barat itu, kemudian mereka adaptasi dengan rasional mereka. Ini kerana mereka terlalu yakin, bahawa akal mereka itu sentiasa betul, dan tidak akan salah.

Musibah untuk cekal

Dalam memartabatkan perjuangan Islam, kita perlu sedar bahawa di sana pasti ada rintangannya. Sememangnya manusia itu dicipta untuk diuji. Allah S.W.T berfirman;

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;…”

(al-Mulk: 2)

Kita dicipta olehNya bukanlah tanpa matlamat. Manusia tidak dicipta sia-sia begitu sahaja. Akan tetapi antara matlamat penciptaan manusia adalah diuji. Maka manusia perlu sedar bahawa perjuangan itu tidak mudah. Pasti diuji. Dalam ujian itu, pasti ada musibah melanda. 

Di sinilah kita perlu sedar bahawa segala-galanya adalah Allah!

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”” 

(al-Baqarah: 156)

Musibah yang melanda adalah medan untuk kita kembali mengingati Allah S.W.T. Sebab itulah dalam perjuangan ini, disalut dengan segala macam ujian, untuk melahirkan jiwa-jiwa yang kental.

Barat menemui jalan buntu

Ideologi Barat yang dicanang hakikatnya bakal menemui jalan buntu. Bahkan sudah ada ideologi mereka yang terkubur begitu sahaja. Ini kerana, mereka tidak mempunyai kebenaran yang bersifat konkrit. Masing masing bergantung kepada teori tokoh mereka. 

Apabila perjuangan mereka tidak bermatlamatkan Allah, maka akhirnya ia akan luput begitu sahaja. Apabila mereka diuji, mereka tidak punya jalan keluar, kerana awal-awal lagi mereka menolak Tuhan. Di hujungnya mereka merasa hampa dan putus asa dengan kehidupan.

Dunia kegelapan eropah (Dark Ages) telah mencatatkan segala-galanya. Apabila mereka terpaksa berhadapan dengan kongkongan gereja, mereka tidak temui jalan keluar melainkan menyimpan dendam zaman berzaman.

Akhirnya dendam itu meletus pada era Renaissanse. Pada mulanya mereka berbangga dengan revolusi itu, lalu mengemukakan teori kebebasan. Setelah itu mereka terkeliru dengan istilah kebebasan itu dan bertembung sesama sendiri.

Dalam liberalisme berselisih antara Positive Liberty dan Negative Liberty yang masih belum temui formula paling tepat untuk mengharmonikan kedua-dua teori ini. Begitu juga dengan pertembungan kapitalisme dan sosialisme yang mengheret kepada Perang Dingin puluhan tahun.

Mereka yang tidak berpandukan Tuhan, pastinya akan temui jalan buntu.

Konsisten, tak perlu gopoh

Sebab itulah dalam Islam mengajar kita untuk meletakkan Allah sebagai matlamat perjuangan. Panduan Tuhan itu sentiasa tepat sepanjang zaman. Ia telah dibuktikan dengan sejarah perjuangan yang panjang yang telah dilalui oleh golongan terdahulu.

Mereka yang cuba mencari jalan lain selain Allah S.W.T pasti akan buntu. Samada buntu dengan putus asa, ataupun tersemat dendam yang diwarisi sepanjang zaman. Sebab itulah, dalam suasana politik Malaysia hari ini, bersabarlah. Yakinlah dengan kebaikan yang disediakan oleh Allah S.W.T.

Tugasan mendidik umat perlu berterusan, dan sempena tahun ke 71 penubuhan PAS, hendaklah kita konsisten dengan matlamat. Ia merupakan formula yang mengikat rantai perjuangan ini.

Tak perlu gopoh untuk terikut dengan rentak orang lain. Biarlah mereka dengan rentak politik mereka. Kita bina diri kita, dengan kefahaman dan memandaikan ummat, bukan dengan kegopohan dan kegelojohan yang akhirnya membina lapisan kebodohan beberapa zaman.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 24/11/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimTembung di Padang Serai. & Kebangkitan PAS.

Mengenai kebangkitan PAS, sila lihat buku kajian penulis dalam blog ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buku ini dierbitkan pada tahun 1993 '1950-200 Sejaah Kebangkitan Depan PAS Kuasai Malaysia?, oleh Ibnu Hasyim

E-Buku IH-17: 'Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...'

001 - Muqaddimah.
002 - Siasah Ulama
003 - Tikaman Tersirat
004 - Nama & Rahsia Siasah
005 - PAS Bebas Lepas
006 - Bersama Kebangkitan..
007 - Di Bawah Dr. Abbas
008 - Mula Dg Tangan Terbuka
009 - Pilihanraya Umum 1
010 - Prof Dr Burhanuddin
011 - Muktamar Ke-5 Menarik
012 - Pembunuhan Pertama..
013 - Bahaya Dari Gunung ?
014 - Merdeka !
015 - Persiapan Kepimpinan.
016 - Menggempur !
017 - Bentuk Kerajaan.
018 - Ke Mana Burhanuddin ?
019 - Ekonomi & N/ Kebajikan
020 - Politik Global 1960-1964
021 - Demokrasi Liar
022 - Burhanuddin, Nasionalis ?
023 : Pilihanraya 1964
024 - Perginya Ustaz Zulkifli..
025 - Masalah Singapura.
026 - 1969 Tahun Cabaran
027 - Kerajaan Campuran
028 - K/Campur & Pengalaman.
029 - K/Campuran Jatuh.
030 - Bangkit Dg Perubahan..

Perlembagaan PAS (klik gambar):
E-Buku IH-47:: Perlembagaan PAS

Insya Allah, jika ada kelapangan, saya akan terus menulis sejarah PAS berterusan hingga masa kini.
-IBNU HASYIM

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Pastikan BN hilang wang deposit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails