Monday, November 21, 2022

T/Ibrahim ketuai rundingan bentuk k'jaan Pahang. & Ismail Sabri

 

Tuan Ibrahim mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

1. Tuan Ibrahim ketuai rundingan bentuk kerajaan Pahang

KUANTAN: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) melantik Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan Pahang.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata PN akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

Katanya, PN berterima kasih kepada semua pengundi yang memberi kemenangan kepada parti itu sehingga berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri. 

"PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri Pahang seberapa segera," katanya hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Barisan Nasional (BN) 16 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.

Pada PRU15, Tuan Ibrahim menang DUN Cheka dalam Parlimen Lipis. (BH)


2. PRU15: "Saya sedia dipecat, tidak akan bersama PH" - Ismail Sabri 

Tangkap layar perbualan Datuk Seri Ismail Sabri dengan ketua-ketua UMNO Bahagian dalam aplikasi WhatsApp yang dikongsi anak Naib Presiden UMNO itu, Nina di akaun Instagramnya.

KUALA LUMPUR: “Saya sedia dipecat, tidak akan bersama Pakatan Harapan (PH).” Itu kenyataan yang didakwa daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada tangkap layar yang dimuat naik dalam media sosial anaknya, Nina.

Dalam tangkap layar itu, Ismail Sabri dipercayai mengeluarkan kenyataan itu dalam kumpulan di aplikasi Whatsapp “KETUA2 BHG UMNO MALAYSIA.”

Turut tersenarai perbualan dalan kumpulan Whatsapp itu adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang turut memberi tanda sokongan kepada Ismail.

Tangkap layar perbualan itu dimuat naik Nina Ismail sekitar pukul 5 petang tadi di akaun Instagramnya.

Turut tersenarai perbualan dalan kumpulan Whatsapp itu adalah Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman yang turut memberi tanda sokongan kepada Ismail.

Tangkap layar perbualan itu dimuat naik Nina Ismail sekitar pukul 5 petang tadi di akaun Instagramnya.Nina turut membuat komentar iaitu “biar tidak berkuasa, jangan tidak berprinsip”.

Namun, kesahihan perbualan itu tidak dapat dipastikan. (AA)

Sekian (IH)

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails