Monday, November 21, 2022

Sokong saya X langgar Akta Antilompat Parti -Muhyiddin. & A/Hadi.

 


1. 'Ahli Parlimen sokong saya jadi PM tidak langgar Akta Antilompat Parti' - Muhyiddin

SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa sokongan yang diterimanya untuk membentuk kerajaan turut datang daripada Ahli Parlimen atas kapasiti individu bukan parti.

Beliau berkata, akan mengemukakan akuan bersumpah esok untuk membuktikan gabungan itu mempunyai jumlah mencukupi bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menjelaskan tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan tidak melanggar sebarang akta seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Kalau ikut Perlembagaan, ia mengatakan sokongan Ahli-ahli Parlimen, ia tidak kata parti mana, maknanya secara individu boleh, secara kumpulan dan parti boleh.

"Kalau ada mana-mana AhliParlimen yang membuat keputusan menyokong saya, itu hak Ahli Parlimen, ini bersandarkan Perlembagaan negara.

"Perlembagaan negara mesti dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, ia tidak menyatakan sokongan mesti datang dari parti A atau parti B," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa gabungan itu tidak menjalankan sebarang perbincangan untuk menyertai PN untuk membentuk kerajaan atau melantiknya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin juga menjelaskan, sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Parlimen itu tidak melanggar Akta Antilompat Parti hingga membolehkan mereka hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

"Ia tidak melanggar peruntukan Akta Antilompat Parti kerana mereka tidak keluar parti tetapi mereka secara individu menyatakan sokongan kepada saya. Jadi ia tidak menyalahi Akta Antilompat Parti," katanya lagi.

PN yang mempunyai 73 Ahli Parlimen sedang berusaha membentuk gabungan bersama beberapa parti bagi membentuk kerajaan baharu.

Terdahulu, Muhyiddin dilapor berkata, mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Beliau berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Menurut Muhyiddin, kedua-dua pemimpin itu serta “beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain” telah memberi komitmen untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Selain PN, Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai 82 kerusi juga sedang berusaha untuk menubuhkan kerajaan bersama parti-parti lain. (AA)


2. PERIKATAN NASIONAL tidak kerjasama parti terpalit rasuah 

TANGGA BATU: PAS dan PERIKATAN NASIONAL tidak akan bergabung dengan mana-mana parti terpalit dengan isu rasuah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Sabtu ini.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS dan PERIKATAN NASIONAL lebih rela menjadi pembangkang daripada mengadakan kerjasama dengan parti-parti seperti itu untuk membentuk kerajaan.

“Kita sanggup jadi pembangkang (daripada bergabung dengan parti terlibat rasuah). PAS jadi pembangkang puluh-puluh tahun tak jadi masalah.

“Kita tak mahu kerajaan yang tak bersih. Pendirian PAS masih sama. Kita berprinsip. Kita bukan parti yang hanyut,” katanya pada sidang media seusai program Santai Petang Bersama Tuan Guru Presiden PAS di Taman Desa Cheng Perdana di sini, petang semalam.

Turut hadir Calon PERIKATAN NASIONAL Tangga Batu, Bakri Jamaluddin dan calon PN Jasin, Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Menurutnya juga PAS menolak Pakatan Harapan (PH) kerana sikap ekstrem dan membebaskan individu terbabit rasuah.

Kata beliau PERIKATAN NASIONAL menolak kerjasama dengan BN memandangkan ada pemimpinnya terpalit dengan isu rasuah tanpa berusaha membebaskan parti mereka dengan belenggu tersebut.

“Kita tahu mereka yang ada kes mahkamah masih menjadi pemimpin. Sebelum ini kita mengharapkan Perhimpunan Agung Umno diadakan sebelum pilihan raya bagi membolehkan perubahan dibuat, namun tak diadakan Perhimpunan Agung Umno.

“Manakala bahagian-bahagian Umno masih terus sokong pemimpin yang lama juga. Ini masalahnya. Kita harapkan pemimpin yang bersih.

“Masa tu kita mengandaikan pemimpin Umno membuat perubahan, tetapi tidak berubah,” ujar beliau.

Tuan Guru Abdul Hadi juga berkata, PERIKATAN NASIONAL menyasarkan menang majoriti dua pertiga atau sekurang-kurangnya majoriti mudah pada PRU kali ini tanpa perlu bergabung dengan parti lain. – HARAKAHDAILY 16/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong saya X langgar Akta Antilompat Parti -Muhyiddin. & A/Hadi.

Namun Muhyiddin dan A/Hadi tetap se nada!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails