Sunday, November 20, 2022

PN tolak kerjasama PH -Muhyiddin. PAS menang di Melaka.

 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu memperoleh 73 kerusi Parlimen.

1. PN tolak kerjasama dengan PH, kata Muhyiddin

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan, kata pengerusinya, Muhyiddin Yassin.

“Tidak, tidak bersama PH,” katanya dalam sidang media di Glenmarie Shah Alam.

Keputusan rasmi, sehingga kini menyaksikan PN mendapat 73 kerusi. Enam kerusi masih lagi dalam proses kiraan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan sorakan penyokong PN – “tolak Zahid” dan “tak nak BN”.

Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak menyebut akan bekerjasama dengan BN, sambil menambah segala keputusan terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi PN.

“Kita akan ambil kira semua perkara. Andaikan PN berjaya bentuk kerajaan melalui parti lain yang sehaluan, tumpuan PN ialah laksanakan tawaran ‘PN Best’ yang dikemukakan,” katanya.

Muhyiddin turut mendakwa pihaknya telah menerima surat dari Istana Negara supaya membuat keputusan secepat mungkin dipercayai merujuk kepada usaha membentuk kerajaan baharu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran surat itu, sebaliknya berkata, apa yang diminta Istana itu akan diselesaikan selewatnya petang ini.

“Kita juga ada terima surat daripada pihak Istana Negara perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Agong.

“Ia memerlukan kita mengambil langkah secepat mungkin dan perbincangan dilakukan esok,” katanya.

(FMT)

2. PAS catat sejarah raih kemenangan sulung di Melaka 

AYER KEROH: PAS Melaka mencipta sejarah dengan kemenangan berkembar di kerusi Parlimen Jasin dan Tangga Batu melalui Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang berakhir semalam.

Dua calon terbabit iaitu Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang bertanding di Jasin dan Bakri Jamaluddin di Tangga Batu meraih kemenangan sulung di Melaka.

Tuan Guru Zulkifli memperoleh 27,893 undi, menang dengan majoriti 322 undi, manakala Bakri mendapat 37,406 undi dan menang dengan majoriti 8,849 undi.

Seorang lagi calon Perikatan Nasional dari Bersatu, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di parlimen Masjid Tanah turut menang dengan majoriti 4411.

Tiga lagi calon Perikatan Nasional yang bertanding di Alor Gajah, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka tewas. – HARAKAHDAILY 20/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN tolak kerjasama PH -Muhyiddin.  PAS menang di Melaka.

“Tidak, tidak bersama PH,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Glenmarie Shah Alam.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan sorakan penyokong PN – “tolak Zahid” dan “tak nak BN”.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails