Sunday, November 20, 2022

Janji sembeleh 20 ekor lembu.. Momentum luar biasa. Siasat PH.

 


1. ‘Janji sembelih lembu akan ditepati’ – Nik Amar

KOTA BHARU: “Janji insya-Allah akan ditepati,” jawapan ringkas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Beliau diajukan soalan mengenai janjinya untuk menyembelih 20 ekor lembu sekiranya calon Parlimen Tumpat Dato’ Mumtaz Md Nawi mendapat majoriti 20,000 undi.

Beliau menjawab soalan itu melalui aplikasi  WhatsApp malam tadi.

Sebelum ini ketika menyampaikan ceramah memperkenalkan calon PERIKATAN NASIONAL parlimen Tumpat, beliau antara lain menyebut akan mengorbankan 20 ekor lembu sekiranya Mumtaz memperolehi majoriti 20,000 undi.

Ucapan Timbalan Menteri Besar Kelantan secara spontan itu diikuti laungan takbir hadirin, ketika menyampaikan ceramah di Padang Puteri Saadong Wakaf Bharu.

Pada malam itu juga Mohd Amar mengingatkan calon Umno tanpa menyebut nama dalam ceramahnya itu supaya tidak lagi mengakui sebagai orang PAS.

Mumtaz berjaya memperolehi majoriti sebanyak 34,793 undi setelah memperolehi undi 65,426 undi jauh meninggalkan lawannya dari Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Putra. – HARAKAHDAILY 20/11/2022


2. Momentum sokongan kepada PAS luar biasa 

KOTA BHARU: PAS Kubang Kerian yakin PERIKATAN NASIONAL mampu meraih majoriti lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berbanding PRU14.

Yang Dipertua PAS kawasan berkenaan Abdul Rahman Yunus berkata, situasi itu dapat dilihat berdasar momentum sokongan kepada PAS begitu luar biasa.

Katanya, penyandang kerusi parlimen Kubang Kerian Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man banyak menabur jasa sepanjang berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Kedudukannya sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air membolehkan lebih banyak projek bekalan air dibawa ke Kelantan.

“Ustaz Tuan Ibrahim memainkan peranan penting bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan kerana sebelum ini kita berdepan dengan kekangan peruntukan daripada kerajaan Pusat,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di Sekolah Kebanggsaan Banggu.

Beliau tiba kira-kura jam 7.50 pagi di pusat pengundian tersebut dan selesai membuang undi kira-kira 20 minit kemudian.

Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumboh berharap cuaca baik hari ini terus kekal sehingga petang bagi membolehkan lebih ramai keluar mengundi.

“Nampak sedikit mendung namun kita berharap tidak hujan hari ini agar tidak menganggu perjalanan pengundian. Semoga jumlah keluar mengundi lebih tinggi berbanding PRU lepas,” katanya.

Beliau turut beramah mesra dengan orang ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuang undi.

Parlimen Kubang Kerian menyaksikan pertandingan empat penjuru di mana Tuan Ibrahim ditentang Dato’ Nurul Amal Mohd Fauzi (BN); Mohamad Rizal Razali (Pejuang) dan Dr Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah (PH). – HARAKAHDAILY 19/11/2022


3. Siasat ucapan berbaur perkauman pemimpin PH 

KOTA BHARU: Hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) dicemari dengan ucapan berbaur perkauman yang tular dalam sebuah video berdurasi 1.30 minit.

Rakaman yang bertajuk ceramah Superman dari Pakatan Harapan (PH) itu dianggap mencetus api perkauman supaya berlaku perbalahan antara agama di negara ini.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, berkata penularan video tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, menjadi sikap pemimpin PH pada saat-saat akhir kempen PRU15 menggunakan isu perkauman sempit dan mengapi-apikan provokasi yang menimbulkan keresahan rakyat.

“Saya berharap rakyat menolak bahan kempen yang berbaur hasutan keagamaan dan perkauman ketika hari pembuangan undi esok (hari ini).

“Kita dapati ada ucapan-ucapan berbentuk provokasi dan juga perkauman daripada pemimpin PH, jadi kita harap rakyat Malaysia jangan lagi mengundi PH kerana inilah sikap mereka sebenar.

“Saya berharap polis mengambil tindakan menyiasat video tersebut, jadi ia tidak sepatutnya berlaku pada hari akhir kempen kerana ia boleh menimbulkan keadaan tidak harmoni dalam PRU15,” katanya ketika ditemui, semalam.

Viral video ceramah dipercayai pemimpin PH yang menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam politik orang Melayu Islam iaitu PAS, Umno dan Bersatu, manakala orang Cina bergabung tenaga di bawah parti komponen PH.

“Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah, apabila mereka bersatu kami Cina tidak dapat hidup,” kata pemimpin PH terbabit. – HARAKAHDAILY 19/11/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Janji sembeleh 20 ekor lembu..  Momentum luar biasa. Siasat PH.

Siasat PH! Renung balik ucapan ini.. Viral video ceramah dipercayai pemimpin PH, menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam politik orang Melayu Islam iaitu PAS, Umno dan Bersatu, manakala orang Cina bergabung tenaga di bawah parti komponen PH.

“Sekarang biarkan mereka yang ketuanan Melayu dan mereka beragama Islam yang boleh mampus berpecah belah, apabila mereka bersatu kami Cina tidak dapat hidup,” kata pemimpin PH terbabit.


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails