Wednesday, November 23, 2022

PN-BN Pahang, selesai.. -T/Ibrahim. ‘PAS tak ada duit..'? -Sanusi.

 

Timbalan Presiden Pas yang juga wakil PN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertemu Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di ibu negara. - Foto Twitter/Tuan Ibrahim Tuan Man

1. Pasca PRU15: Perbincangan PN, BN bentuk kerajaan negeri Pahang selesai - Tuan Ibrahim

KUANTAN: Timbalan Presiden Pas yang juga wakil Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kerjasama membentukkan kerajaan negeri itu.
Ujarnya, pertemuan diadakan di ibu negara itu berjalan lancar dan mencapai persetujuan dua gabungan parti politik itu.
"Di Kuala Lumpur, pertemuan berjalan penuh mesra, apa pun kita setuju menyerahkannnya kepada Tuanku.
"Serah itu makna ia dalam makluman Tuanku," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Ujar Tuan Ibrahim yang juga wakil Perikatan Nasional (PN) Pahang, perbincangan lanjut akan dijalankan sekiranya perlu. (AA)
2. ‘PAS tak ada duit nak bagi macam dalam video tu’ - Sanusi 

Pengarah pilihan raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor menafikan video tular yang mendakwa pemberian wang kepada pengundi pada PRU15 yang baru berakhir itu.

Menyifatkannya sebagai cubaan parti lawan untuk memburukkan PAS, Sanusi berkata partinya itu tidak mempunyai sejumlah wang seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Kita PAS tak ada duit nak bagi begitu kepada orang ramai macam tu.

“Dalam pilihan raya, macam-macam kempen memburukkan PAS dibuat oleh parti lawan.

Dakwa tunggu PAS bagi duit

“Saya percaya video-video tular tu sengaja direka oleh musuh politik…Tak masuk akal. (Ia) satu kesalahan pilihan raya, sengaja dibuat video yang mengundang risiko,” katanya kepada Malaysiakini malam tadi.

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan sekumpulan individu yang sedang berkumpul di hadapan sebuah premis.

Salah seorang pengguna di Twitter, @LagaCawan yang memuatnaik video tersebut pada ciapannya mendakwa rakaman itu tular pada 20 November, sehari selepas PRU15.

Berdasarkan ruangan komen ciapan tersebut, ada yang mendakwa bahawa sekumpulan individu itu sedang menunggu pemberian wang daripada parti PAS kepada pengundi yang balik mengundi.

Dalam video itu, terdapat di antara mereka yang menyuarakan rasa tidak puas hati dalam loghat Pantai Timur.

Sementara itu, terdapat klip video lain yang turut memaparkan keluhan mengenai jumlah wang yang diterima tidak seperti yang dijanjikan, iaitu sehingga RM350 untuk setiap pengundi.

PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional, iaitu gabungan PAS dan Bersatu menang 73 kerusi parlimen, Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, manakala Barisan Nasional hanya menang 30 kerusi.

Komen 1Media.MyKalau dah kalah, buat lah cara kalah.. nak main fitnah. Nanti orang report polis tak pasal-pasal tidur dalam lokap. Rakyat dah tolak sepatutnya muhasabah diri jangan buat kerja jahat rakyat tak suka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PN-BN Pahang, selesai..-T/Ibrahim. ‘PAS tak ada duit..'?-Sanusi.

Sedar atau tidak, kini PAS berada di era kebangkitan semula, bahkan membangun bersama Islam, di Malaysia. Membangan juga bersama golongan mustad'afin. 

Siapa mustad'afin? Hal itu tidak ada dalam kamus sosialis-komunis dan kapitalis.

Sekian.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails