Tuesday, November 22, 2022

'Kabinet Perpaduan' bayangan Anwar? ..& T/Thomas..

 

Gambar 'Kabinet Perpaduan Malaysia 2022' yang tular di kalangan warganet hari, menjelang hari mengundi PRU15 yang akan berlangsung Sabtu lalu.

1. PRU15: Tular gambar 'Kabinet Perpaduan,' Anwar sebagai PM, tiga TPM termasuk Zahid.  Astro Awani November 16, 2022 11:15 MYT

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial hari ini gambar 'Kabinet Perpaduan Malaysia 2022' dengan berbaki hanya beberapa hari sebelum kemuncak demokrasi di Malaysia mengambil tempat pada 19 Nov ini.
'Kabinet perpaduan' itu memperlihatkan kerajaan campuran yang dibarisi pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Turut mencuri tumpuan ialah tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang masing-masing oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Seramai 27 nama pemimpin PH dan BN turut disenaraikan sebagai Menteri dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di antara kedua-dua gabungan tersebut.
Turut tertulis pada gambar itu, 'Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 - 2027'.
Penularan gambar berkenaan dipercayai susulan ketika ini hangat diperkatakan tiada gabungan parti mampu memenangi majoriti mudah bagi membentu kerajaan kelak.
Susulan daripada itu juga, terdapat dakwa-dakwi daripada pemimpin-pemimpin politik sendiri yang mengatakan wujud perbincangan dan percaturan di belakang tabir antara tiga gabungan besar iaitu PH, BN dan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa gambar berkenaan adalah palsu kerana kesemua pemimpin daripada BN, PH dan PN telah menyatakan pendirian masing-masing.
Sebarang kerjasama membentuk kerajaan campuran antara mereka dilihat mustahil sebelum keputusan PRU15 diperoleh Sabtu ini.
2. Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Haniff berkata Perlembagaan Malaysia tidak pernah dimaksudkan dan bukanlah begitu mudah menjadi cerminan perlembagaan United Kingdom yang tidak tertulis. - Foto fail/BERNAMA \

GEORGE TOWN: Pandangan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung keperluan Yang di-Pertuan Agong melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana berpandukan duluan 1974 di United Kingdom adalah berlanggar dengan Perkara 43 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.
Bagaimana pun, menurut peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan kuasa pelantikan Perdana Menteri dan selanjutnya kuasa pembentukan kerajaan oleh Perdana Menteri itu diletakkan dibawah Yang di-Pertuan Agong bagi menentukan siapakah Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Tuanku mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah terpilih di PRU15 itu.
 "Peruntukan bertulis Perkara 43(2) ini tiada dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, kerana negara itu tidak ada mana-mana perlembagaan bertulis.
"Justeru, kenyataan Tommy Thomas untuk secara terus menganggap duluan 1974 di United Kingdom perlu dituruti oleh Tuanku di sini, adalah picang, khilaf dan melanggar peruntukan bertulis Perkara 43(2) itu,"katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong mesti melantik Anwar sebagai Perdana Menteri kerana gabungan itu memperoleh kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum, kata Tommy Thomas.
Bekas peguam negara itu berhujah berdasarkan keputusan pilihan raya United Kingdom 1974 yang turut menyaksikan keadaan Parlimen tergantung.
Katanya, Ratu Elizabeth ketika itu mengundang gabungan yang memperoleh undi terbanyak untuk membentuk kerajaan.
Justeru, katanya, oleh kerana Malaysia turut menggunakan sistem parlimen Westminster, Anwar patut diberikan peluang diberikan peluang untuk menjadi perdana menteri."
Mengulas lanjut, Mohamed Haniff berkata, sejumlah besar keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah Tertinggi di Malaysia yang dengan jelas telah berulangkali menyatakan bahawa takrifan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak boleh bersandarkan mana-mana perlembagaan bertulis mahupun tidak bertulis negara luar, termasuk United Kingdom.
Jelasnya, kandungan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kita telah digubal dengan mengambil kira keunikan sejarah dan keadaan semasa dari sebelum dan semasa pembentukan negara Malaysia yang merdeka.
Tambah beliau, dalam erti kata lain Perlembagaan Malaysia tidak pernah dimaksudkan dan bukanlah begitu mudah menjadi cerminan perlembagaan United Kingdom yang tidak tertulis. - Sinar Harian
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Kabinet Perpaduan' bayangan Anwar? ..& T/Thomas..
'Kabinet perpaduan' itu memperlihatkan kerajaan campuran yang dibarisi pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Turut mencuri tumpuan ialah tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang masing-masing oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Turut tertulis pada gambar itu, 'Kabinet Bayangan Kerajaan Perpaduan Malaysia 2022 - 2027'.

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails