Sunday, September 13, 2020

PRU15: Beri PAS bertanding di 40 Parlimen -Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

 

PENGKALAN CHEPA: PAS mesti diberikan sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen untuk ditanding dengan selesa pada PRU15 nanti khususnya di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari melontarkan cadangan tersebut di Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini sebentar tadi.

Tegasnya, beliau berharap parti-parti rakan PAS dapat menerima cadangan itu setelah PAS bersabar memberi laluan kepada mereka untuk bertanding dalam PRN Sabah demi mengelak pertembungan sesama sendiri.

Kelantan mempunyai 14 kerusi Parlimen, manakala lapan di Terengganu dan Kedah dengan 15 kerusi, sementara tiga Parlimen bagi negeri Perlis yang jumlah tersebut genap 40 kerusi sebagaimana diminta Fadhli.

Akui beliau, keadaan di Sabah itu sememangnya menyebabkan titisan air mata dan kekecewaan pendukung PAS akur dengan keputusan dan strategi telah dimuktamadkan kepimpinan tertinggi parti.

“Kalau kita boleh bersabar di Sabah, kenapa tidak orang lain bersabar di negeri-negeri yang kita sebutkan tadi? Itu sebagai lontaran awal. Tapi saya tidak mahu melangkaui pimpinan-pimpinan yang ada, sudah tentu mereka akan berunding.

“Tetapi kita nak nyatakan bahawa, kalau kamu ada hasrat, kami juga ada hasrat. Dan in sya Allah kita akan terus walak dan yakin kepada keputusan pimpinan kita,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah arkitek sebenar hingga berlakunya perubahan politik negara baru-baru ini dan bukannya bermula dari Langkah Sheraton.

Tegasnya, Tuan Guru Abdul Hadi telah menggerakkan perubahan politik di negara ini sebagaimana dapat disaksikan kini, maka apabila beliau menuntut bersabar dengan keputusan di Sabah, tidak ada sebab ahli PAS tidak boleh mengikutinya.

“Maka kita sabar kerana in sya Allah buah kemenangannya saya yakin dua tahun, tiga tahun lagi akan datang, kita akan melihat apakah hasil perjuangan hasil kesabaran kita itu in sya Allah,” ujarnya.

Beliau menyeru supaya Pemuda PAS menggerakkan seluruh entiti dimiliki sebagai simbolik kepada persediaan itu agar kemenangan di 40 kerusi akan menjadikan PAS parti yang dapat memainkan peranan penting menentukan kerajaan. – HARAKAHDAILY 12/9/2020

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

21 comments:

Anonymous said...

Mimpi blh la. Minta kerusi Dun pun x dpt. Lg nak kerusi parlimen.

Anonymous said...

bertanding guna lah lambang sendiri...
....baru ada telor..

Anonymous said...

PRN Sabah.

dimanakah para pujuang pujuang?
..ada telor kah pujuang pujuang di Sabah?

Anonymous said...

Mimpilah dengan 40 kerusi...Dpt 25 dah cukup byk itu pun 10 diberi kawasan 50/50....Ko nak lawan UMNO dan PBPM ...UMNO ahli teramai PBPM ada jawatan PM

Anonymous said...

PAS mesti bersikap tegas supaya PAS tidak dikencing oleh sekutunya. Pee H pula tidak boleh diharapkan langsung kerana Pee H adalah kepala bapak kencing rakyat, seluruh negara hancing !

Anonymous said...

dilantik jadi menteri oleh KERAjaan tebuk atap...
Kalau tak, tak rasalah menteri

Anonymous said...

di Sabah, PAS dikencingkan
di Sarawak dan Semenanjung nanti
PAS akan diciritkan...

Kasihan PAS.

Aku dah prepared TIN MILO untuk PAS ceramah nanti.

Anonymous said...

Alhamdulillah,
PAS dapat semua kerusi di Sabah.

(Kerusi Plastik warung kopi di Kudat)

Anonymous said...

Terbukti sehingga kini pas paling bersih. Cuma jadi bahan fitnah oleh penganut liberal yg ketandusan kebajikan buat rakyat. DAP dan sekutu sesuai buat penganut liberal yg ketandusan akhlaq yg bersih. Sesuai berada di kelab malam. Teruskan dengan sumbang dengan kumbang.

Tahniah pas teruskan dengan bakti.

Anonymous said...

Bekas Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu tidak begitu bijak dalam berpolitik kerana gemar menubuhkan parti baru apabila tidak dapat sesuatu atau kehendaknya tidak dipenuhi.

“Habislah jadinya bila banyak parti, saya selalu cakap benda ni banyak kali, orang Melayu tak bijak dalam politik.

“Dia pegang kuat kepada parti, lepas itu kalau dia tak dapat (sesuatu), dia buat satu parti (baru), tak dapat (juga) buat satu parti,” katanya, dipetik dari rakaman video temubual dengan KiniTV.

Anonymous said...

Pas meminta agar lebih byk tangga,tiang n tuala lap peloh utk para petugas bawahan utk memacak bendera sementara yg atasan mendapat jawatan yg lebih penting.klu x dpt kerusi, dpt meja pon boleh. Klu meja pon x dpt, lapik meja pon jadi la demi parti.hehehe

Anonymous said...

Yg gerenti dpt, jd tukang sorak!

- laskar siber Pasumno aka Rba Pas -

Anonymous said...

Yaa..teruskan x bertanding Pru15 nanti...keh355x
Jgn frust sgt. Kang makan dlm..kahkahkah.mmg kena dah si penyamun tipu si penunggang agama.

- mujahid siber Pas -

Anonymous said...

PAS Masuk pilihanraya bukan semata2 nak menang, PAS Masuk pilihanraya Sebagai satu dakwah.. antara ucapan TGHH yang pernah saya dengar, tapi sifat Ahli Politik dia akan lupa apa yang dia cakap.. kerana ucapan Sebagai penyokong PAS Kita Tak kisah samaada menang atau kalah, yang penting Masuk pilihanraya kerana menyertai pilihanraya PAS boleh buat kerja dakwah melalui ucapan Dan gerakkerja semasa kempen pilihanraya.. malangnya sekarang PAS akan Masuk pilihanraya bila rasa boleh menang.. PRN Sabah PAS Tak Masuk pilihanraya sebab apa? Adakah kerana Tak yakin boleh menang? Adakah PAS rasa rakyat Sabah sukar menerima PAS? Kemana pergi berpolitik Sebagai satu dakwah? Rupanya PAS Hanyalah satu parti Politik yang berhelah.. kesian penyokong PAS, pemimpin Makin lama Makin bergaya, kepada pemimpin PAS Apakah kamu yakin nikmat yang kamu dapat bila jadi YB tidak akan disoal di akhirat nanti? Semua Kita akan disoal..

Unknown said...

Terbaik PAS... TAKBIR3

Unknown said...

Takdirr..pegang bendera

Anonymous said...

Allah telah hukum pas disabah. Tiada kerusi. Akibat mengkhianati islam dn para pengundinya dgn berkoloborasi dgn perasuah utk diangkat jadi kerajaan.
Balasan allah namanya..

Anonymous said...

PAS masih bongkak walaupun diketepikan di Sabah.
PRU nanti jangan 40 kerusi, PAS mungkin dapat hanya 4 kerusi sahaja.
Tapi PAS akan kata dengan takbur, "Kita tak perlu banyak kerusi, malaikat akan bawa kita kerusi yang lebih empuk".

Takbirrr....

Anonymous said...

Hanya itulah yang geng jilat pungkok tak basuh boleh meroyan. Dapat kuasa tapi tak tahu kerja. Tunggu masuk masa nak rehat dipenjara.

Ha ha ha 22 bulan perintah menipu saja.. Inilah akibatnya, ikut group Jilat juboq tak basuh, habis keturunan keluarga jadi jauh dari agama, jadi rosak. Kini terpaksa kuncu-kuncunya meroyan. Dan teruskan meroyan, hina ulama. Terus ulang-ulang tuduhan basi, idea baru dari tokey kulupnya dah habis, tak laku lagi.

Memang puak-puak munafik atau anti Islam ada sepanjang zaman.. Ya, kita tahu, masih ada puak anjing kurap jilat juboq gian end meneruskan hasut ganggu.. Tak usah menyamar le, orang kenal mana penjilat juboq kapiaq gian end.

Kesian, masih jadi barua DAP lagi. Kesian. masih lagi mahu ikut hukum rimba. jadi hantu berpuaka. Masih tak tamadun. Jadi peluloq juboq tak basuh, si kulup gian end, barua pecacai yang patut di hukum sula atau rejam kerana pembelot. Mana lagi geng puaka rimba, tulang besi, A/Rahman Talib an, budak kampung dan babi-babi buta tu..

Ada pula betina-betina pakai purdah juga jilat juboq tak basuh kulup. Bangga pulak tu. Bertaubatlah.. tak besar mana umpan mata kail dedak itu. Takde idea.. masih ulang bende sama. Miskin muflis segala.. padanlah jadi barua.. DAP macam cicak penyet, kering, kepala terapit pintu, terkepit. Ekornya luruh jatuh terkodek-kodek. Terkodek itulah suara bunyi bising penjilat, peluluq juboq tak basuh si kulup gian end. hi hi hi . Tak malu muka tembok pungkok babi..

Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Jilat Juboq gian end.. Mereka bangga disebut macam tu.
huuuuu. manusia berjiwa hamba manusia..
Hai manusia....... kembalilah kepada Tuhanmu.... Tuhan Maha Penerima taubat!!

Anonymous said...

Bolih mimpi lah. Parti dak mula rasa duniawi akan tinggal semua yg dulu di laungkan
Parti dah jadi kaya tak perlu tin milo lagi. Political lebai yg hidup senang dgn jawatan. CASH is KING.

Anonymous said...

PH yang tak bersyukur, dapat kuasa lagi ganas. Puak kafir jadi kaya mendadak, yang miskin penjilatnya makin papa krdana, Hii jijikkkkkkkkkkkkkkkkkk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails