Wednesday, September 16, 2020

Datuk, Datuk Seri bergelut dengan polis. Lagi Pusat Hiburan!

 

Melaka: Dua lelaki mengaku bergelar Datuk dan Datuk Seri antara empat individu ditahan di sebuah pusat hiburan di Banda Hilir, di sini selepas bergelut dengan polis dalam Operasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 2.50 pagi itu, individu berusia 27 hingga 41 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati selepas pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas mereka dan pergelutan itu menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika ditahan dua daripada empat suspek berkenaan mengaku berstatus Datuk Seri dan Datuk selain seorang daripada mereka dipercayai rakan kongsi pemilik premis terbabit.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, semua suspek ditahan reman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas.

"Penahanan Datuk dan Datuk Seri itu bersama dua yang lain dibuat selepas mereka melakukan kekerasan jenayah ke atas beberapa anggota polis yang membuat pemeriksaan di pusat hiburan berkenaan.

"Keempat-empat lelaki terbabit turut dikenakan kompaun mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (NO 8) 2020," katanya.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, premis berkenaan yang didapati beroperasi sebagai kafe menjalankan perniagaan melebihi had masa dibenarkan.

Katanya, hasil siasatan, masih terdapat beberapa pelanggan di dalam dan luar premis terbabit sebelum sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah melakukan pemeriksaan ke atas premis terbabit.

"Dalam pemeriksaan itu, 12 pelanggan lain termasuk penjaga premis dikenakan kompaun kerana kesalahan melanggar PKPP.

"Pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen perniagaan sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun ia melakukan kesalahan beroperasi lebih masa," katanya.


Komen Weblog Ibnu HasyimDatuk, Datuk Seri bergelut dengan polis. Lagi Pusat Hiburan punya hal, sudah jadi pusat maksiat. Ayuh pihak berwajib, sila bertindak segera. Jangan tunggu lama-lama..


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails