Tuesday, September 15, 2020

Iklan Proton X50, Tapi Mengapa Mesti Ada Wanita 1/3 Bogel?

 

Kereta Proton SUV baharu, X50 pada majlis pra tonton bersama media di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Tempah Proton X50 dibuka esok

TANJUNG MALIM: PROTON Holdings Bhd (PROTON) akhirnya memperkenalkan secara rasmi model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya, PROTON X50 kepada media hari ini.

Ia sekali gus mengakhiri penantian rakyat Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat SUV kedua PROTON itu yang mana ia akan dipamerkan di bilik pameran terpilih bermula Sabtu ini.

Pelanggan yang berminat boleh segera membuat tempahan dengan bayaran tempahan hanya RM500 bermula esok di mana-mana cawangan pengedar PROTON di seluruh negara.

PROTON X50 dipercayai mampu memberikan saingan sengit kepada SUV lain dalam kategori segmen B terutamanya tawaran harga jualan yang dijangkakan amat kompetitif.

Biarpun harga rasminya masih belum didedahkan kepada umum, namun telah tular dimedia sosial bahawa SUV itu mungkin ditawarkan pada harga bermula kurang daripada RM80,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong (tiga dari kanan) bersama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamad (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah (dua dari kanan) bergambar bersama Proton X50 pada majlis pratonton bersama media Proton SUV yang baru iaitu X50 di Kompleks Sukan Proton, Proton City. - NSTP/Halimaton Saadiah Sulaim

Proton X50 didatangkan dengan empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan mempunyai enam warna pilihan iaitu snow white, armour silver, jet grey, ocean blue, passion red dan citric orange.

Bagi tiga varian pertama,setiap model dikuasakan dengan enjin 1.5 liter turbo manakala varian flagship dikuasakan enjin 1.5 liter TGDI dan digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi sehingga enam beg udara, kamera undur, kamera 360 darjah untuk varian premium dan flagship serta advanced driver assistance system yang ditawarkan untuk varian flagship sahaja.

Model berkenaan juga didatangkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz antara lapan hingga 10.25 inci mengikut varian dan boleh dihubungkan dengan internet menggunakan eSim.

Antara ciri baharu menarik lain yang ditawarkan ialah pengguna boleh menghidupkan enjin dan penyaman udara di telefon pintar mereka menggunakan aplikasi PROTON Link.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit teguran, kerana mungkin ramai yang dah lupa. Sepatutnya yang diiklan ialah dagangannya, bukan aurat penjualnya. Walaupun baru 1/3 bogel. Seolah-olah merendahkan hak asasi atau maruah wanita yang mulia..

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails