Monday, September 14, 2020

90 pengaman PBB di Lubnan dijangkiti COVID-19. Al-hamdulillah Kerana..


Gambar fail menunjukkan kereta perisai UNIFIL berkawal di sempadan Israel-Lubnan. - Foto AFP 

BEIRUT: Seramai 90 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di selatan Lubnan disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Pasukan Interim PBB (UNIFIL), Andrea Tenenti, dalam satu kenyataan berkata ini adalah kali pertama wabak terbabit dilaporkan di sana.

"Kes berkenaan dipindahkan ke tempat khas UNIFIL yang dilengkapi kemudahan menangani COVID-19, dengan 88 orang yang dijangkiti adalah daripada kontinjen yang sama.

"Kami giat melakukan pengesanan kontak dan ujian serta pengasingan secara menyeluruh bagi mencegah wabak yang lebih besar," katanya tanpa memperincikan kewarganegaraan 90 anggota pasukan pengaman berkenaan.

Sebanyak 45 negara menghantar pasukan pengaman ke UNIFIL, ditubuhkan pada 1978 bagi mengawal sempadan antara Lubnan dan Israel, yang secara teknikalnya berada dalam perang.

Pada Ogos lalu, PBB melanjutkan mandat misi keamanan selama setahun, namun mengurangkan jumlah anggota tentera daripada 15,000 kepada 13,000 orang.

Tenenti berkata, operasi UNIFIL di sepanjang sempadan Lubnan-Israel tidak terjejas akibat wabak baharu itu.

Lubnan menyaksikan peningkatan kes COVID-19 sejak letupan yang memusnahkan pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu membunuh lebih 190 orang dan membawa kerosakan kepada ibu kota negara itu.

Negara kecil Mediterranean itu mencatatkan 23,669 kes COVID-19, termasuk 239 kematian sejak wabak itu mula dikesan pada Februari lalu.

Sabtu lalu, pihak berkuasa mengumumkan kes COVID-19 di penjara Roumieh, iaitu pusat tahanan terbesar di negara itu, yang terkenal dengan keadaannya yang teruk termasuk kesesakan dan layanan buruk. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biar manusia yang ingkar atau PBB sedar, bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Allah sahaja Maha Besar, lain semua kecil belaka.

Hibur Hibur Sikit

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails