Monday, September 14, 2020

Pelajar Panjat Pokok Dapatkan Internet Dijemput Makan Malam Bersama PM

 VEVEONAH (kiri) bergambar kenangan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika dijemput makan malam bersama. - Foto IG vevemacho. VEVEONAH (kiri) bergambar kenangan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika dijemput makan malam bersama. - Foto IG vevemacho.

KUALA LUMPUR: Pelajar yang tular berikutan memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet, Veveonah Mosibin berbesar hati kerana dijemput makan malam bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Veveonah dalam hantarannya di laman sosial berkata, beliau menganggap jemputan itu satu penghargaan daripada Perdana Menteri.Beliau juga menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang yang sangat rendah diri dan mengagumkan.

Veveonah baru-baru ini juga tular berikutan kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai beliau yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet hingga mencetuskan polemik.

Terdahulu, Muhyiddin berada di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah kali ke-16.

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 15 -Puteri dan Aku Papua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails