Sunday, September 13, 2020

PRU15: PAS majoriti tanding di Kedah, T'ganu, K'tan. PH Punca...

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa hari ini.- foto BERNAMA  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) hadir pada Muktamar Tahunan PAS ke-66 di Dewan Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa hari ini.- foto BERNAMA

1. PRU15: Majoriti kerusi di Kedah, Terengganu, Kelantan ditandingi PAS

KOTA BHARU: Isu pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) setakat ini sudah banyak diselesaikan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Soal pengagihan kerusi sedang dibincangkan dan setakat ini sudah banyak yang selesai. Berapa jumlah kerusi yang akan dapat belum dimuktamadkan lagi memandangkan tarikh pilihan raya juga belum diumumkan.

"Namun, untuk tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan, majoriti kerusi ditandingi oleh PAS. Setakat ini, kita berpuas hati dengan kerjasama yang terjalin dengan BN dan BERSATU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS ke-66, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Abdul Hadi berkata, PAS tetap menurunkan jentera bagi membantu parti lain walaupun parti itu tidak meletakkan calon.

PAS akan membantu sebaik mungkin bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menang.

"Perlu diketahui, walaupun kita tidak bertanding, kita boleh terbabit dalam jentera kerajaan," katanya. (BH)

2. PH punca anti-Islam cabar Islam

PENGKALAN CHEPA: Semua pihak telah menyaksikan kelemahan peranan Islam dalam kerajaan PH sehingga kumpulan pelampau anti-Islam berani bersuara untuk mencabar Islam dan umatnya serta menghanyutkan orang Islam yang leka dan bebal.

Demikian tegas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-66 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesedaran dan kebangkitan telah menyatukan mereka yang peka dalam semua parti, NGO Islam dan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem kerana konsep masyarakat majmuk tidak dapat ditangani dengan pendekatan liberal dan pragmatik sekular.

Katanya, PAS berpijak di atas landasan akidah Islam sebagai ad-deen dan mentafsirkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam perlembagaan dan diberikan hak kepada agama lain mengikut perlembagaan.

Mengulas lanjut, perlembagaan berkenaan termasuk jaminan hak istimewa orang Melayu yang sinonim bersama Islam.

Dalam pada itu katanya, mereka yang peka dengan pendekatan yang sangat negatif itu, tetap mencintai perpaduan dan keharmonian bermasyarakat majmuk supaya kembali semula kepada landasan yang betul dan beristiqamah.

“Marilah kita bersatu padu dalam gabungan parti politik yang dibentuk sekarang bagi menghadapi PRU-15 dengan bersedia untuk menang dan mengisi kemenangan dengan membentuk kerajaan yang lebih kukuh.

“Begitu juga kerajaan yang mendapat sokongan majoriti rakyat secara langsung dengan dikembalikan kepada mereka melalui pilihan raya umum, persediaan mengisi kemenangan dengan menyediakan pasukan calon yang berwibawa bagi memandu masa depan negara yang akan menghadapi cabaran yang lebih besar dan lebih mencabar dari segi politik, ekonomi dan budaya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kesan daripada kegagalan ideologi Timur dan Barat serta wabak pandemik Covid-19 yang melumpuhkan segala kegiatan dan pergerakan, perlu untuk memanfaatkan sumber tenaga dan kepakaran manusia serta hasil perut bumi di tanah air sendiri.

Katanya, persediaan sumber manusia amat perlu melalui sistem pendidikan holistik yang merangkumi unsur jasadi, rohani dan aqli, termasuk mengatur konsep media yang bermoral dan kemajuan teknologi terkini.

Begitu juga perancangan ekonomi yang menghasilkan peluang pekerjaan dan menjana hasil keperluan negara yang mencukupi, serta memperkasakan kehebatan undang-undang dengan memperkenalkan syariat Islam yang sempurna.

Tambahan lagi, menyediakan jentera kerajaan dan pasukan yang mewujudkan keselamatan dan keamanan negara yang hebat, katanya. – HARAKAHDAILY 13/9/2020

Hibur Hibur Sikit

4 comments:

Anonymous said...

Pas dan Umngok ni tak ada cerita lain,asyik nak pilihanraya saja.Khidmat memajukan rakyat yang telah mengundi terabai.

Anonymous said...

PAS Dan UMNO diketuai oleh Najib bersekongkol makan dan melanun duit rakyat.

Anonymous said...

Katanya, PAS berpijak di atas landasan akidah Islam sebagai ad-deen dan mentafsirkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dalam perlembagaan dan diberikan hak kepada agama lain mengikut perlembagaan.-hadi awang.2020

Memang mantap!
Camna la masa mati ni nnti mamat ni..mesti tersiksa kan. Berbuih la mulut tu kena patut ular.hehe

Anonymous said...

Mau tak tersiksa. Dia bapa kpd kes dua imam, anak beranak suami isteri bercerai..pentaksub memali mati katak..dia yg kata perlembagaan sekular..umno wajib ditentang..dia yg kata umno bercampur dgn mca bagai sekawah gulai babi..syiah tu mazhab dlm isle..
Kesian dia nnti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails