Tuesday, June 02, 2020

Siasat G/Eng! Ibnu Hasyim Sokong Pemuda BERSATU.


Pemuda Bersatu berkempen gesa siasatan atas dakwaan Guan Eng

PETALING JAYA: Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.


Ketua Pemuda PPBM Putrajaya, Haris Faizal berkata, setiap bahagian Pemuda PPBM diminta membuat laporan polis berdasarkan satu laporan FMT pagi semalam.

Beliau berkata, Pemuda bahagian di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menyerahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 tengah hari.
Selepas itu, satu kempen mobilisasi di seluruh negara akan dijalankan.

“Setiap bahagian Pemuda PPBM akan ke (balai polis) di kawasan mereka sendiri,” katanya kepada FMT lewat malam tadi.

Laporan FMT semalam menyatakan Lim didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengulas laporan itu, Lim memberitahu Malaysiakini: “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak”.

SPRM mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.
Lim mendapati SPRM sudah memberi maklum balas terhadap laporan FMT dan berkata SPRM harus dibenarkan menjalankan siasatan mereka.

Komen MR(Mindarakyat):  PH pandai menyembunyikan keburukan diri

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah, kalau tidak begitu bukan PH.

1 comment:

Anonymous said...

Kita mohon kerajaan membuka semula kertas siasatan untuk mendakwa pemimpin-pemimpin PH yang didakwa terlibat dalam rasuah, salah laku, salah guna kuasa, pecah amanah, kes Adib, kes hasutan perkauman dll di mahkamah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails