Wednesday, June 03, 2020

PAS gesa SPRM dan PDRM siasat LGE


KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan PDRM membuka kertas siasatan segera terhadap sebarang kemungkinan dakwaan salah guna kuasa mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sepanjang tempoh sebagai Menteri Kewangan.

Ia berikutan berhubung pendedahan kandungan sepucuk surat daripada Lim Guan Eng kepada Tan Sri Tommy Thomas yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad, surat ini mencetuskan tanda tanya berkenaan kes membatalkan arahan pembekuan empat akaun bank seorang taikun.
Katanya lagi, bekas Peguam Negara itu, bertindak atas permintaan Lim Guan Eng dengan mengarahkan SPRM untuk melaksanakannya sekitar bulan Mei 2019.
“Sekiranya isi kandungan surat ini benar, ia jelas menunjukkan Lim Guan Eng menggunakan kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan dan hubungan dengan Tommy Thomas untuk melepaskan akaun milik taikun berkenaan.
“Pihak berkuasa diminta agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut lunas undang-undang,” tegasnya kepada HarakahDaily dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Sebelum ini, bekas Peguam Negara telah menggugurkan kes bekas Menteri Kewangan itu mengenai rasuah banglo oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
PAS juga menggesa satu tindakan susulan harus dilakukan pada kadar segera bagi melihat sebarang unsur menutup kes tertentu yang sudah pastinya membuka jalan kepada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa mereka menerajui kerajaan 22 bulan sebelum ini.
PAS memandang serius perkara ini memandangkan sepanjang 22 bulan PH memerintah, pelbagai kes khasnya terkait secara langsung dengan DAP dan Menteri Kewangan yang digugurkan. – HARAKAHDAILY 
Hibur Hibur Sikit

Oslan Husein - oh mama


2:42NOW PLAYING
WATCH LATER
ADD TO QUEUE

oslan husein - kampuang nan jauh di mato

2 comments:

Anonymous said...

lim gonna end adalah kepala bapak rasuah @ penyamun yang menggunakan khadamnya yang bernama mr tomato untuk menghina undang-undang.

Hanya puak yang tidak bermoral seperti RBA suka menjilat lim gonna end.

Anonymous said...

Sumbat je ke penjara. Udah lah salah guna kuasa, sijil akauntan pun tipu. Patutla presiden pkr dan presiden pan sayang kat kulup tak potong ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails