Friday, June 05, 2020

Ini, RM35 bilion, istimewa untuk rakyat.


Sikit Tazkirah Ekonomi:
Antara inisiatif #PENJANA yang bernilai RM35 bilion istimewa untuk rakyat:

1) Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion yang dilanjutkan selama 3 bulan lagi.
2) Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion termasuk insentif bagi melibatkan penggangur berumur di bawah 40 tahun, penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
3) RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.
4) Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga
golongan belia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 200 ribu orang.
5) Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan selain insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000.
6) Program MY30 akan diperkenalkan untuk pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang, berkuatkuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
7) 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.
8) Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.
9) Perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma akan diberikan kepada semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video sehingga 31 Disember 2020.
10) Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia.

11) Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan.
12) Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS.
13) Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat.
14) Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang.
15) Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan.
16) Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.
17) Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah.
18) Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah.
19) Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai.
20) Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta.

21) Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.
22) Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021.
23) Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
24) Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.
25) Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood
sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini.
26) Pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.
27) Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.
28) Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta.
29) RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini.
30) Kerajaan bersetuju untuk menggubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara) yang merupakan pelepasan sementara atau temporary relief daripada tanggungjawab perjanjian bagi suatu tempoh yang ditetapkan.

Catatan :
Mustaman Bin Mustain,
Bukit Garam, Kinabatangan.

Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..
E-Buku IH-128: Sikit Tazkirah Ekonomi..

6 comments:

Anonymous said...

Rakyat dapat ciput,kapitalis dan pemodal dapat banyak.Ulasan cetek,mengampu dan bodo

Anonymous said...

Saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan - Buat masa ni kita sokong ape yg menteri kereta terbang nak cakap..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof hari ni menafikan spekulasi bahawa beliau akan meletakkan jawatan.
Bercakap dalam satu sidang media khas di kediamannya di Kajang hari ini, Mohd Redzuan menjelaskan bahawa beliau percaya terdapat kumpulan tertentu yang mahu gugat kestabilan politik negara dengan menyebarkan spekulasi tersebut .

“Sekali lagi saya ulangi saya tak letak jawatan dan takkan letak jawatan," katanya.

Ahli parlimen Alor Gajah itu juga menegaskan beliau akan kekal bekerjasama dalam kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mantapkan negara.

Menteri kereta terbang ni PRU 15 mesti kita lingkup kan terus dan humban terus dalam lubang jamban... kasi hantam jer kaw kaw menteri bodoh ni...

Anonymous said...

"Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu."

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

Masih Mencuba dan masih mengharap MP-MP bagi peluang Nasib pada MADEY dengan "KATA-KATA" seolah dia sahaja yang masih bernilai sangat..
MP-MP yang yang menteri kena pecat lepas 22 bulan lalu kalau masih tak belajar dari pengalaman kena TIPU , kena KENCING, kena BOHONG, kena PERMAIN dan paling UTAMA KENA BANGANG DENGAN MADEY..tak serik lagi ke..ke nak "KENA" semula ayat "KENA" tu kali KEDUA oleh si MADEY ..SI PEMBUAT KEMUSNAHAN KARIER ORANG LAIN..

MP-MP orang terpelajar..BIAR TERPELAJAR DAN MEMPELAJARI BUKAN NYA TERPELAJAR TAPI MASIH DI PERBONGOK KAN oleh manusia yang semakin kurang kewarasan atas sesuatu KEGILAAN..

Anonymous said...

Sebenarnya KERAjaan Pakatan Hancing adalah jauh lebih baik dari PN sebab Pakatan Hancing beri bantuan 30 hengget kepada rakyat mungkin untuk menampung perbelanjaan 10 keturunan. Rakyat tentu gembira menerima 30 hengget dari Pakatan Hancing. Inilah pandangan puak RBA @ Zombie mati otak ternakan DA-Pigs.

Alasan Pakatan Hancing tidak tolong rakyat:

KERAjaan Pakatan Hancing tak ada wang untuk tolong rakyat. Lu (rakyat) cari wang sendirilah sebab manifesto bukan kitab suci ! Gomen Pakatan Hancing sibuk jual aset negara dan melingkupkan tabung umat Islam sebab gomen tak ada wang KONON tetapi sekolah swasta China dan kolej swasta China mendapat bantuan.

Sebenarnya Kerajaan PN adalah jauh lebih baik dari KERAjaan Pakatan Hancing kerana kerajaan PN telah memberi bantuan dari RM200 hingga RM3000 sahaja. Bantuan untuk B40 RM RM1600 dan M40 RM1000. Pemilik syarikat kecil dan sederhana RM3000.

Pakatan Hancing lebih hebat lagi sebab boleh menjanjikan bulan dan bintang sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak.Akhirnya rakyat yg kena kencing.

Atuk Kerala dan Atuk Non Liberal Mata Satu pelakon handalan wayang opera dan towkay wayang kit sial ketawa tergolek-golek puas hati dengan drama Pakatan Hancing kencing rakyat!

Anonymous said...

Nota untuk 9:42 AM:

Komen saya 9:42 AM ini bukan reply kepada komen 4:53 AM. Ini berlaku secara tidak sengaja.

Anonymous said...

Sebenarnya KERAjaan Pakatan Hancing adalah jauh lebih baik dari PN sebab Pakatan Hancing beri bantuan 30 hengget kepada rakyat mungkin untuk menampung perbelanjaan 10 keturunan. Rakyat tentu gembira menerima 30 hengget dari Pakatan Hancing. Inilah pandangan puak RBA @ Zombie mati otak ternakan DA-Pigs.

Alasan Pakatan Hancing tidak tolong rakyat:

KERAjaan Pakatan Hancing tak ada wang untuk tolong rakyat. Lu (rakyat) cari wang sendirilah sebab manifesto bukan kitab suci ! Gomen Pakatan Hancing sibuk jual aset negara dan melingkupkan tabung umat Islam sebab gomen tak ada wang KONON tetapi sekolah swasta China dan kolej swasta China mendapat bantuan.

Sebenarnya Kerajaan PN adalah jauh lebih baik dari KERAjaan Pakatan Hancing kerana kerajaan PN telah memberi bantuan dari RM200 hingga RM3000 sahaja. Bantuan untuk B40 RM RM1600 dan M40 RM1000. Pemilik syarikat kecil dan sederhana RM3000.

Pakatan Hancing lebih hebat lagi sebab boleh menjanjikan bulan dan bintang sembang lebat babi pun boleh terbang tetapi habuk pun tarak.Akhirnya rakyat yg kena kencing.

Atuk Kerala dan Atuk Non Liberal Mata Satu pelakon handalan wayang opera dan towkay wayang kit sial ketawa tergolek-golek puas hati dengan drama Pakatan Hancing kencing rakyat!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails