Friday, June 05, 2020

Ini, terawal buat laporan SPRM ke atas LGE


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) antara yang terawal membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung surat antara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dengan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Menurut Ketuanya, Mohammad Rashidi Abdul Razak laporan tersebut dikemukakan susulan tular pendedahan berhubung surat tersebut bersama tangkap layar sepucuk surat yang tertera nama Lim Guan Eng, Tommy Thomas dan Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng.
“Dakwaaannya adalah, permohonan Lim Guan Eng untuk melepaskan akaun-akaun bank yang dibekukan oleh SPRM yang mana akaun itu dibekukan dibawah Akta 613, Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng yang disiasat berhubung transaksi dana 1MDB.
“Apabila tular surat itu, kita terpanggil untuk melakukan laporan terhadap SPRM diatas isu yang berlaku inilah, jadi ada tiga pihak yang terlibat dalam dakwaan ini, Lim Guan Eng, Tommy Thomas dan juga Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah selepas selesai membuat laporan kepada SPRM Kuala Lumpur bersama Naib Ketuanya, Ubaid Akla dan Setiausa Azmer Syazwan Ahmad Suparmin, di sini, pagi tadi.
Mengulas lanjut katanya, apa yang mengukuhkan lagi dakwaaan tersebut adalah surat tersebut disahkan oleh timbalan Ketua Operasi SPRM, Ahmad Khusyairi Yahya melalui pautan Malaysia Today.
Justeru itu, beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap supaya SPRM dapat menggerakkan siasatan keatas ketiga-tiga individu tersebut berhubung dakwaaan yang dilakukan ini.
“Saya percaya Lim Guan Eng mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah menggunakan jawatan, kedudukan dan pegaruh beliau menyebabkan mantan Peguam Negara mengeluarkan arahan keapda SPRM untuk melepaskan semua akaun milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng.
“Saya juga percaya Tommy Thomas mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah menggunakan jawatan, kedudukan dan pengaruh beliau menyebabkan SPRM melepaskan semua akaun milik Tan Sri Dato’ Lim Soon Peng walaupun telah diberitahu bahawa Lim Soon Peng gagal memulangkan RM4 juta kepada kerajaan,” ujarnya.
Berdasarkan surat tersebut, Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu menulis surat balas kepada Lim Guan Eng bersetuju untuk melepaskan wang milik Dato’ Lim Soon Peng yang dibekukan SPRM.
Malah, Tommy dalam surat sama turut didakwa mendedahkan maklumat sulit SPRM kepada Guan Eng berhubung siasatan SPRM terhadap isu membabitkan Soon Peng.
Untuk rekod, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggerakkan seluruh Dewan Pemuda PAS Negeri untuk membuat laporan berhubung kes ini kepada SPRM di setiap negeri.- HARAKAHDAILY 5/6/2020

3 comments:

Anonymous said...

PERINGATAN KEPADA PENUNGGANG AGAMA









“Kelantan masih benarkan jual arak termasuk pengeluaran lesen dan permit penjualan arak. Kita tidak haramkan penjualan arak, yang kita haramkan ialah judi kerana judi ini kita lihat ia tidak memberi keuntungan kepada sesiapa" - �������������������� ������������ (����/����/��������), ����������������������.



JIKA.. alasan judi diharamkan KERANA judi tidak memberi keuntungan kepada sesiapa, adakah dengan ������������������������ �������� �������� ������ ������������ ���� �������� �������������������� ������������ ���������������� ������ ���������������� (cukai arak & penjualan lesen & premis arak).



#PasHipokrit


#TunggangAgama

Unknown said...

Budak bodoh mana ni komen... sedap sedap tuduh orang lain tunggang agama, pi belajarlah bongok

Anonymous said...

"Mahathir juga berkata beliau tidak mahu menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi akan memegang jawatan itu jika diminta untuk sementara waktu.

Ketika ditanya apakah beliau akan menjadi calon perdana menteri sekali lagi, Mahathir berkata beliau tidak menawarkan diri bagi jawatan itu."

“Saya tidak menawarkan diri, tetapi saya melihat perkara-perkara ini sebagai tugas. Saya tidak berminat dengan kepuasan sendiri, tetapi jika saya dapat memberi perkhidmatan dan orang berpendapat saya boleh memberi perkhidmatan, saya ada.

Masih Mencuba dan masih mengharap MP-MP bagi peluang Nasib pada MADEY dengan "KATA-KATA" seolah dia sahaja yang masih bernilai sangat..
MP-MP yang yang menteri kena pecat lepas 22 bulan lalu kalau masih tak belajar dari pengalaman kena TIPU , kena KENCING, kena BOHONG, kena PERMAIN dan paling UTAMA KENA BANGANG DENGAN MADEY..tak serik lagi ke..ke nak "KENA" semula ayat "KENA" tu kali KEDUA oleh si MADEY ..SI PEMBUAT KEMUSNAHAN KARIER ORANG LAIN..

MP-MP orang terpelajar..BIAR TERPELAJAR DAN MEMPELAJARI BUKAN NYA TERPELAJAR TAPI MASIH DI PERBONGOK KAN oleh manusia yang semakin kurang kewarasan atas sesuatu KEGILAAN..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails