Saturday, June 06, 2020

AP Lubok Antu keluar PKR, umum sokong PN




KUCHING: Anggota Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang mengumumkan keluar dari PKR untuk menjadi anggota parlimen Bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Ketika dihubungi, Jugah mengesahkan beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan langkah itu berkuatkuasa serta merta.

"Saya berikrar menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, perdana menteri Malaysia dan kerajaan negeri Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai YAB Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohri bin Tun Abang Haji Openg, ketua menteri Sarawak demi kesejahteraan dan pembangunan kepada rakyat di Lubok Antu.

"Dengan ini saya mengumumkan untuk keluar dari PKR dan kekal menjadi ahli parlimen Bebas yang menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional serta kerajaan GPS di negeri Sarawak," kata Jugah dalam kenyataan itu.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang (kiri) bersama Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, di bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebalik tiba dari Kuala Lumpur, malam ini.
Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang (kiri) bersama Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, di bilik kenamaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, sebalik tiba dari Kuala Lumpur, malam ini.

5 comments:

Anonymous said...

Ini geng assemin...hanye 1 saja...GLC dah abis kerana lambat..

Anonymous said...

Copy dari blog kluangdiamond..l

Pas dah buang dasar perjuangan islam kerana nak tompang umno untuk dapat kuasa...

Pas dah jadi parti sekular berserban dan berjubah...Pas tak kira penyamun pencuri asalkan boleh menang boleh dapat wang...

Anonymous said...

Biarkan mereke meroyan. he he he . merudum PH dah gila khinzir..

Anonymous said...

Jika tidak menfitnah , itu bukan RBA namanya.

Anonymous said...

RBA meroyan histeria naik hantu sebab MP lubuk antu keluar PKR dan PH.

Bukankah ini bererti propaganda PH mempunyai lebih ramai MP untuk guling kerajaan PN adalah pembohongan PH berskala besar ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails