Wednesday, March 23, 2016

Trump Akan Iktiraf Baitulmuqaddis Ibu Kota Israel. Jahannam AS!


AFP - Trump berucap di hadapan peserta persidangan AIPAC di Washington kelmarin.
WASHINGTON – Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan me­ngalihkan kedutaan AS ke kota itu sekiranya berjaya menduduki White House.
Israel menganggap bandar purba itu sebagai ibu kotanya tetapi ba­nyak negara lain, termasuk AS sendiri menolak memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmuqaddis ekoran status dan sempadannya masih dipertikaikan.
Penduduk Palestin juga melihat Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka, manakala sebarang proses damai dengan Israel perlu melibatkan pengiktirafan tersebut.
Baitulmuqaddis bukan sahaja dianggap kota suci oleh bangsa Yahudi tetapi juga umat Islam dan penganut Kristian.
Trump yang mendahului pengundian Parti Republikan menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada November depan pernah menimbulkan kemarahan pengundi konservatif di AS selepas beliau menggambarkan akan mengambil pendekatan neutral berhubung konflik Palestin-Israel.
Namun kelmarin beliau membuat pusingan U apabila berkata: “Tiada siapa lebih pro-Israel daripada saya. Kita perlu melindungi Israel. Israel sangat penting kepada kita.
“Saya akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan saya mahu melihat kedutaan AS dipindahkan ke sana,” kata Trump sebelum berucap di hadapan badan pelobi Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington.
Pasukan tentera Israel menawan penempatan penduduk Arab di Baitulmuqaddis Timur selepas tentera Jordan berundur semasa Tel Aviv berperang dengan negara-­negara Arab pada 1967.
Palestin tetap berkempen mendesak Israel berundur dari Baitulmuqaddis Timur, sementara Jordan masih diberikan hak pentadbiran ke atas tempat suci orang Islam di Baitulmuqaddis termasuk perkara­ngan Masjid Al-Aqsa. – AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, kekuatan dan kekuasaan menjadi pemilik yang menentukan kebenaran dan keadilan dunia, mengatasi 'keadilan yang sebenar'. 
Israel itu sendiri yang tidak ada negara dicipta oleh kuasa barat Eropah, diletakkkan di tengah-tengah jantung Arab di negara Palestin tahun 1948, terus menyebar, meluas, merampas tanah-tanah Arab sejak itu hingga sekarang. 
Kini terakhir, Trump calon Presiden AS yang rasis itu mahu iktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel pula. Apakah AS bukan pengganas, negara mengiktiraf 'pengganas Israel' yang asalnya tidak ada negara terus merampas nagara rakyat Palestin?
Jahannam AS! Jahannam AS!!

8 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa ada satu lagi rejim di Malaysia yakni Rejim DAP di Penang yg kerjanya merampas kampung2 macam jadi kat rakyat Palestine.

Jahanam DAP

Anonymous said...

Jgn risau gundah gulana..Di Msia kita ada parti penjual bangsa mcm Umno, Parti penjual agama mcm Pas. Mrk akan jaga kepentingan dan harta benda org Melayu msia.

Hidup meLAYU!!Takbirr!!

Anonymous said...

Jika di Palestine ada talibarut bernama gerakan Druze. Di Malaysia ada juga talibarut bernama PAN

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

Anonymous said...

Di Palestine ada rejim Zionist dan talibarut arab mereka Druze

Di Penang ada rejim DAP dan talibarut Islam mereka PAN

Zionist dgn DAP sama saja. Mereka adalah anti Islam

Anonymous said...

DAP dan pendokong hanya dari kalangan orang yang benci melihat Islam tu berkembang subur di Malaysia ni. Perangai tak ubah macam perangai Yahudi!!!

Anonymous said...

Kenapa pemakan2 dedak najib dan walaun2 risau sgt?

Di Msia kita ada 2 penasihat terhebat utk KERAjaan penyamun. Satu dari APCO YAHUDI dan satu lg Hadi Awang.

Hidup meLAYU!! Takbirr!!!

Anonymous said...

Bila tuan dia dah mula kantoi tak boleh nak cover makan, umbut pisang kebun org akan cuba dirosakkannyer...siaPAN lagi kalau bukan PAN yg makan umbut pisang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails