Sunday, March 20, 2016

Media UK Lapor M'sia Tidak Beri Hak LGBT. Leberalisme Serang M'sia?




Netizen Kecam Tindakan Media UK Lapor Malaysia Tidak Beri Hak LGBT

KUALA LUMPUR – Tindakan Channel 4 News (media UK) yang melaporkan Malaysia merupakan negara paling teruk dalam memberikan hak asasi kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bagi muslim di Malaysia menerima kecaman netizen.

Pemilik akaun, Mohd Farhan Ahmad yang membuat perkongsian video laporan Channel 4 News yang berdurasi 0:2.46 minit itu menyifatkan media itu sebagai jahil.

“Apa ke bodoh menatang wartawan UK ni?,”tulisnya menerusi status bersama pautan media tersebut.

Sementara itu, menurut Jamilah yang meninggalkan komen disitu turut mempersoalkan liputan yang dilakukan oleh media tersebut.

“Kenapala orang luar pula nak sibuk urusan Malaysia, dahla pasal LGBT!,”katanya.

Syamil Abd Hamid berkata, dia sebagai rakyat Malaysia dan tidak mempunyai masalah dengan perkara itu. “Kita mempunyai budaya dan tradisi kita sendiri. Ia adalah mengenai kehormatan dan maruah. Barat, jangan memberitahu kita apa yang perlu dilakukan lah. Tolonglah,”tulisnya.

Terdahulu, laporan wartawan Channel 4 News mengulas mengenai tindakan ketat yang diambil pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang syariah.

“Inilah undang-undang Syariah yang ketat. Transgender Islam di Malaysia sentiasa menempuh detik sukar apabila berhadapan pihak berkuasa agama di negara ini,”lapornya-SuaraTV.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana itulah dasar kerajaan Malaysia perlu kepada asas pegangan agama yang kuat, bukan asas kerajaan sekular. Parti Islam satu-satunya di Malaysia adalah PAS. Orang bukan Islam ada hak istimewa dalam kerajaan Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Oooooooo LBGT didekati tapi orang kampung Penang dihalau. Inilah PAN



Siar Artikel PAN Sokong LGBT, Dr Dzulkefly Ugut Saman FMT ?
AIDCNews – 8/12/15 – Benarkan dakwaan yang mengatakan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (PAN), Dr Dzulkefly Ahmad mengugut akan menyaman portal FMT kerana menyiarkan kenyataan beliau berkaitan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.
Artikel pertama FMT disiarkan pada pada 5 Disember lalu (Sabtu) bertajuk “Amanah sedia dekati LGBT” memetik kenyataan Dr Dzulkefly yang ditemui dalam forum Islam dalam Demokrasi Berperlembagaan di ibu negara.
“Ini pendirian Parti Amanah kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita,” Dr Dzulkifli ketika ditemui pada forum itu.
Namun, tidak lama selepas siaran, FMT telah memadamkan pautan artikel tersebut.

fmt-zul0
Artikel pertama disiarkan FMT pada 5 Dis telah dipadamkan

Pada 7 Disember (Isnin), FMT menyiarkan semula versi baharu artikel berkenaan bertajuk “Dakwah pilihan terbaik atasi gejala LGBT”

Anonymous said...

blog ni bila baca, mcm baca blog umno. kekadang mcm blog seks... tiba2 jadi blog umno semula...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails