Monday, March 21, 2016

Maruah PKR Bawah Kaki Guan Eng? Benarkah?


BUAT Penelitian sendiri.. Bacalah! 
Sedih! Maruah PKR Hanya Di Bawah Tapak Kaki Guan Eng  


ENTAH di mana letaknya maruah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam isu ‘peperangan’ antara Datuk Seri Azmin Ali dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Baru-baru ini satu kenyataan terbuka dari Ibu Pejabat PKR telah memohon maaf di atas kelancangan dan kelantangan kenyataan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menghentam Guan Eng.
“Peperangan” ini bermula apabila Guan Eng bertindak memecat dua orang ADUN PKR yang mempengerusikan dua buah GLC di Pulau Pinang,  berikutan tindakan dua ADUN tersebut yang memilih untuk berkecuali terhadap pengundian usul yang dibawa oleh ADUN BN berkenaan projek tambakan laut di Pulau Pinang.
Pemecatan ini pantas mengundang kritikan pedas daripada Azmin yang mendakwa Lim Guan Eng tidak seharusnya melakukan tindakan sedemikian hanya bersandarkan perbezaan pendapat.
Episod “peperangan” ini berlarutan apabila Guan Eng terus melenting menempelak Menteri Besar Selangor itu dengan mengatakan Azmin tiada hak untuk mencampuri urusan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Malah, lebih pedih apabila Guan Eng dengan egonya mengingatkan Azmin tentang apa yang pernah berlaku di Selangor semasa krisis Menteri Besar yang menyaksikan Tan Sri Khalid Ibrahim berundur bagi membolehkan Azmin menduduki kerusi Menteri Besar Selangor dahulu.
Kesannya, Azmin terus membisu seolah-olah mati akal untuk membalas kenyataan Guan Eng.
Atau lebih tepat lagi, Azmin takut dengan kelancangan Guan Eng.
Dalam kemelut ini, muncul pula Setiausaha PKR, Rafizi Ramli seolah-olah ingin menjadi hero apabila cuba mententeramkan kemarahan Guan Eng dengan mengusulkan hal ini diselesaikan dalam Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Harapan nanti.
Tidak lama kemudian, sekeping surat permohonan maaf dari PKR terhadap kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dikeluarkan.
Antara isi kandungan surat berkenaan ialah memohon maaf terhadap keterlanjuran Azmin mengkritik Guan Eng dan amat berharap, kerjasama antara PKR dan DAP tidak terjejas dengan ketegangan ini.
Entah apa yang difikirkan oleh PKR apabila sanggup meletakkan maruahnya di bawah tapak kaki Guan Eng, semata-mata takut jika Guan Eng akan menjahanamkan PKR.
Maruah dan kredibiliti PKR nampaknya sudah hilang, dan berada dalam genggaman Guan Eng yang dilihat memonopoli gabungan pembangkang.
Parti seperti PKR inikah yang kita harapkan untuk menjaga kebajikan orang-orang Melayu di masa akan datang?
Jika diri sendiri sanggup meletakkan maruah di bawah tapak kaki bangsa lain, entah apa nasib orang Melayu jika mereka yang memerintah.
Apa lagi yang tinggal dalam PKR selain dari tindakan pengecut mereka dalam mempertahankan kebajikan ADUN dan ahli mereka?
Jawapannya, tiada. (semberono.com)

19 comments:

Anonymous said...

Itulah apa byg dilakukan oleh DAP. PAN sudah dijadikan talibarut manakala PKR dibuli oleh DAP

Anonymous said...

PAN pula meludah PKR dlm isu ini

Anonymous said...

Teman sokong Pas tapi tidak menyokong hadi sotong dgn walaunta

Anonymous said...

Betul2,Parti Kencing Rakyat tak ada apa yang dapat diharapkan selain dari terus memperbodohkan orang Melayu.

Anonymous said...

ibnu Hasyim!
boring dah aku ni!, asyik-asyik cerita rumah Guang Eng.
Mana pergi cerita mengenai artis selak kain, memanglah dah tua-tua bangka begini cerita begitulah bestnya.

Anonymous said...

Kalau macam tu...maruah pas bawah anu sapa? Cer teka...jawapannya semua salah....
sebab pas tak ada maruah

Anonymous said...

Silap tu pak IH..sebenarnya maruah Pas di bawah tapak kaki parti sekular Ikatan disokong walaun2 Hadi..

Takbirrr!!!

Anonymous said...

,,

Anonymous said...

lagi geng JJgle meroyan.. he he he

Anonymous said...

Ingatkan PAN ni telinga jer kuali....rupanyer hati pun kuali karat jugak...buta kuali punyer hati. PANgkhianat yg bangang bertingkat-tingkat

Anonymous said...

jangan lupa maruah pas bodoh berada di bawah tapak kaki IKATAN. sebab itu presiden pas hadi kepala taik sanggup menangguhkan perlaksanaan hudud demi menjadi pak sanggup kepada IKATAN. tahniah walaunta tegar pencium kentut hadi kepala taik! bravo......

Anonymous said...

azmin sama mcm hadi - trojan atau lebih tepat lg barua umno dlm parti dia...

kenyataan2 azmin semua tak sama dgn pimpinan lain. azmin tak iktiraf PH diselangor. dia tak pernah hadir aktiviti Amanah tp dia boleh duduk sebelah mahathir...

azmin puji mahathir depan ahli keluarga anwar masa majlis kawin anak dia... korg cuba bygkan perasaan korg kalau tuan rumah puji2 org yg zalimkan ketua keluarga korg...

apa yg lim kata memang benar. dap tak pernah masuk campur urusan pkr diselangor. tindakan pkr menolak khalid tlh menyebabkan exco2 dap kena pecat. dap tak hentam pkr dlm media. malah dap ttp akur dan sokong pkr. tak mcm pas yg terus menerus khianat...

azmin lebih kpd menjaga kedudukan dia dr parti. sbb tu dia masih simpan din ayam wlpn simertua sudah tikam pkr dan hina presiden pkr. sbb tu dia boleh agihkan zakat selangor diluar selangor oleh kuncu2 dia.

apa gunanya jabatan agama diglc kalau fungsi tsb dilaksanakan oleh mais, jais? apa guna agihkan zakat sendiri kalau mais dan jais dah ada??? adakah diadakan suatu jabatan semata2 nak letakkan seekor ayam disitu?

An Anonymous said...

Maruah PAS terpelihara oleh islam spt yg tercatat dalam perlembagaan PAS... kalau parti x de perlembagaan kemungkinan boleh jd seperti tajuk filem Syamsul Yusoff.. sekadar ngaku islam ke.. idak islam ke.. liberal ke.. sekular ke..entahlah...

An Anonymous said...

Bila dah berlakunya jualbeli sebuah bungalow mewah di sebuah negeri di utara tanahair secara "rela hati" tu paham2 je lah macammana ianya boleh jadi begitu mudah berlaku..

Di mana katanya pembelinya ialah seorg Ketua Menteri (dgn harga RM2.8juta sdgkan harga pasaran RM6.5juta) dan penjualnya pulak seorang rakan kepada kontraktor/developer yg berjaya membeli tanah pembangunan yg asalnya utk pembangunan rumah mampu milik yg digezet oleh BN (dgn harga RM11juta sdgkan harga pasaran RM22juta)... 

Kalau dak paham lagi tak tahu lah nak kata apa.. tapi kalau masih tak paham, confirmed apa?? Confirmed bangang..

Kita tunggu respon dari kuda tunggangan DAP aka PAN mengenai isu rumah bungalow di utara tanahair.. ada atau tidak kata2 nista yg akan terhambur keluar spt yg dihamburkan pd TGHH dan PAS..

An Anonymous said...

Maruah PAS terpelihara oleh islam spt yg tercatat dalam perlembagaan PAS... kalau parti x de perlembagaan kemungkinan boleh jd seperti tajuk filem Syamsul Yusoff.. sekadar ngaku islam ke.. idak islam ke.. liberal ke.. sekular ke..entahlah...

An Anonymous said...

Maruah PAS terpelihara oleh islam spt yg tercatat dalam perlembagaan PAS... kalau parti x de perlembagaan kemungkinan boleh jd seperti tajuk filem Syamsul Yusoff.. sekadar ngaku islam ke.. idak islam ke.. liberal ke.. sekular ke..entahlah...

Anonymous said...

Sebab itulah Allah tk bg Pas menang dan perintah Msia. Ulama2 cai hamPAS menjual Islam guna perlembagaan parti. Ahli2 ditipu dan diperkuda lebih 60thn.

Bermakna Allah tk redha dgn Islam yg digadai ulamak2 cai hamPAS.

Anonymous said...

Sebab itulah Allah tk bg Pas menang dan perintah Msia. Ulama2 cai hamPAS menjual Islam guna perlembagaan parti. Ahli2 ditipu dan diperkuda lebih 60thn.

Bermakna Allah tk redha dgn Islam yg digadai ulamak2 cai hamPAS.

Ghozali zali said...

Baru tau ka bahawa pkr tak ada pendirian kukuh yg hanya mampu belas ehsan org lain saja terutama dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails