Friday, March 25, 2016

Pelakon Dipaksa Buka Tudung, Masalah Penerbit Tidak Peka Tetapi Pekak...


HALAMAN HIBURAN

PELAKON kanak-kanak Mia Sara Nasuha meminta agar pihak penerbit menghormati pelakon yang sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya.

Bintang cilik itu menyuarakan pendapat demikian kerana menyedari sesetengah pelakon terpaksa mengikut kehendak produksi yang menghadkan tawaran lakonan kepada pelakon yang berhijab.

“Bagi saya bukan salah pelakon sepenuhnya apabila mereka terpaksa membuka tudung untuk melakonkan watak yang diberi. Orang yang suruh mereka berbuat begitu juga patut dipersalahkan.

“Saya berharap dalam isu ini, pihak berkaitan perlu lebih terbuka. Pelakon harus diterima seadanya dan hanya dinilai mengikut bakat lakonan. Jangan ubah penampilan mereka jika sudah berhijab.
“Kita bertudung kerana Allah bukan untuk kepuasan orang lain. Kenapa perlu ikut cakap mereka?
“Saya memakai tudung sebab ia datang dari hati dan atas kerelaan diri sendiri. Saya jadi tidak selesa apabila terpaksa membuka aurat,” ujar Mia Sara yang kedengaran lebih matang apabila mengulas isu ini berbanding sesetengah pelakon yang jauh lebih berusia daripadanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini adalah rintihan dan luahan perasaan seorang pencinta seni bintang cilik muslimah. Tetapi pihak penerbit yang tidak cilik, tetap tidak menghormati pelakon yang sudah berhijrah atau mengenakan hijab sepenuhnya menurut agama bagi negara ini.. 
Namun penerbit tetap tidak peka, bahkan pekak terhadap persoalan tersebut. (IH)

Video: Mia Sara Nasuha - Tawaran Berlakon Kurang Selepas Berhijab

6 comments:

Anonymous said...

Takpe dik sara. Byk lagi caro lain Allah akan beri rezki. Mgkin ada 100 cara lain halal dan berkat. Terus istiqamah. Aminn

Anonymous said...

Sara kata berhijrah jadi orang arab. Habis buat apa masih nak jadi artis melayu.
Kita orang melayu nak tenguk perempuan cantik.
Kalau berhijrah jadi arab masuklah alhijrah, atau
Dai ke..sesuai dengan tudung arab tu dik oii..

Adzlan Ibrahim said...

berhijad adalah wajib bagi wanita islam mendedahkan aurat berdosa. moga allah merahmati dan memberi hidayah pada semua wanita kembali kepada islam sebenar.

Anonymous said...

Allah dan RasulNya memerintahkan perempuan Islam menutup aurat mereka. Orang bodoh sahaja mempertikai perintah Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

Dik sara. Cari lah kerja lain. Artis ni glamour lebih jer. Kalo ada lelaki soleh terus jer kawen. Jd surirumah. Lahirkan anak biar ramai utk suami tercinta. Bior suami jer kerja. Sara pon tk tension. Beri suami penoh kasihsayang. Boleh tak???

Anonymous said...

Dik sara. Cari lah kerja lain. Artis ni glamour lebih jer. Kalo ada lelaki soleh terus jer kawen. Jd surirumah. Lahirkan anak biar ramai utk suami tercinta. Bior suami jer kerja. Sara pon tk tension. Beri suami penoh kasihsayang. Boleh tak???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails