Thursday, March 24, 2016

Konsert Mariah Carey: Ini, Kesan Dari Serangan Bom..


HALAMAN HIBURAN
PENYANYI terkenal Mariah Carey dinasihatkan untuk tidak meneruskan konsertnya yang bakal diadakan di Brussels, Belgium dan dijadualkan berlangsung Ahad ini.


Ini gara-gara serangan bom di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventam pagi Selasa yang telah mengorbankan lebih 30 orang awam dan puluhan lain cedera.
Mariah bakal mengadakan konsert untuk peminatnya di negara Eropah itu sekali gus meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-46 tahun.
Memetik laporan TMZ, pihak pengurusan Mariah melarang diva popular itu daripada meneruskan rancangan konsert istimewa tersebut.
Ia berikutan timbul kekhuatiran dengan kemungkinan besar akan berlaku serangan pengganas untuk kali kedua di lokasi yang sama. Namun sehingga kini, difahamkan Mariah masih akan meneruskan konsert dan tidak berhasrat akan membatalkannya.
Pihak pengurusannya masih menunggu kebenaran dari Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Belgium sama ada selamat atau tidak keadaan di sana untuk mereka meneruskan konsert tersebut. 
Sementara itu di Brussels, pihak polis Belgium telah berjaya menahan Najim Laachraoui, suspek utama dalam serangan bom yang menggegarkan lapangan terbang Brussels baru-baru ini.

Difahamkan suspek mempunyai kaitan dengan suspek utama dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Perancis yang berlaku pada November lalu, lapor media tempatan Belgium.

Laporan dari Akhbar La Derniere Huere berkata, suspek ditahan di daerah Anderlecht di Brussels. Selain itu, laporan itu juga menyebut suspek adalah orang yang ketiga gambarnya dikesan dalam rakaman CCTV di lapangan terbang bersama dua pengebom berani mati yang meletupkan diri mereka pada Selasa.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

Mana pi cerita walaunta jadi macai umporno lawan cina kapir penang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails