Sunday, March 20, 2016

Himpunan Anti Najib Tiada Abd Hadi, PKR Goyang? Kesian PKR..

KENYATAAN tegas dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menyertai perhimpunan anti Najib pada 27 Mac ini nyata memberi tamparan hebat buat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Naib Presidennya, Rafizi Ramli seolah-olah tidak dapat terima kenyataan apabila Hadi Awang menyatakan pendirian seperti itu.
Menerusi laman Facebooknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan jelas dapat dilihat memujuk supaya Hadi Awang menyertai himpunan berkenaan.
“Saya harap Dato’ Seri Hadi Awang juga akan turut sama, supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau atau PAS mempertahankan Dato’ Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak,” katanya.
Rafizi menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi iaitu “menolak parti UMNO, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) UMNO”.
Adakah PKR sudah mula goyah apabila melihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Hadi kini mempunyai hubungan yang baik demi penyatuan Islam?
PAS kini dilihat semakin bijak dan matang dalam membuat keputusan.
Menerusi Sinar Harian, Hadi Awang tegas menyatakan pendiriannya untuk tidak menyertai perhimpunan yang berniat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
“Saya anti Umno….tetapi tidak anti orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik.
Ada pun parti Umno sudah banyak buat kesilapan.
Oleh itu saya tidak mahu terlibat dalam himpunan anti-Najib itu,” katanya.
Rafizi harus sedar dan ingat jangan kerana PAS masih bekerjasama dalam politik terutama di Selangor, ia bukan bermakna PKR boleh memaksa Hadi berkomplot dengan mereka untuk menjatuhkan Najib seperti sebelum ini.
Sudah-sudahlah Rafizi menghasut orang. (semberono.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian Rafizi dan PKR..

39 comments:

Anonymous said...

Last2 kena sound dengan DAP, where are your supporters. Kah kah kah macam waktu bersih. Menggigil Din Pudu nak jawab

Anonymous said...

Tuan guru telah menyatakan dengan jelas bahawa dia anti UMNO tetapi masih terdapat balaci-balaci roket dan balaci sekular totok yang mempunyai masalah mental masih membuat fitnah kononnya parti Islam dan ulama bekerjasama dengan UMNO!

Balaci kurap menyalak bukit pas, bukit pas tak runtuh, balaci kurap pula yang tergolek sawan babi!

Anonymous said...

1. Pas+Ikatan = PASIK@PASIKA
2. HJ Hadi dah jadi punahsihat KERAjaan.
3. Pas tak perlu menang pilihanraya, untuk reda ALlah saja
4. Hudud ditanggoh jer..
5. BN/Najib terus jadi PM kerana punahsihat Paskit.

Anonymous said...

Pas semakin matang....hahaha...makin bodoh je

Anonymous said...

Balaci sekular totok Ikatan bow tie sekutu ulamak hamPAS penunggang agama.

PASIK akan ditolak majoriti rakyat Msia yg berakal dan bijak. Takbirr!!!

Anonymous said...

Ulamak2 cai hamPAS penunggang agama.

Ali said...

Tak payah terhegeh2 dgn PAS tu.bukan ada nilai pun parti ajaran sesat tu.

Ali said...

Tak payah terhegeh2 dgn PAS tu.bukan ada nilai pun parti ajaran sesat tu.

Anonymous said...

Berhati2 komen. Semua tu tertulis dlm buku amalan kita.

Anonymous said...

Bukan komen saja yang tertulis...perbuatan kita semua akan tertulis...cakap anti umno...tapi berhubungan dengan presiden umno...habis tu nafi sana...nafi sini...tak payah tipu diri sendiri...Allah maha mengetahui...cer tanya selama beberapa bulan ini...apa yang dah pas nasihatkan umno? apa yang umno dah ikut? tak ada...macam salak-salak bukit saja

Anonymous said...

AMANAT HADI SALAH SATU PUNCA TRAGEDI MEMALI. AHLI2 PARTI DITIPU DAN DIPERKUDA SELAMA LEBIH 60THN..

HADI DAN NAJIB KINI SEPENTAS, SEDONDON PINK. PARTI PAS MASIH BERKIBLATKAN DEMOKRASI SEKULAR. BERGABUNG DGN PARTI SOSIALIS IKATAN UTK RAIH UNDI DAN MENANG PRU..

AMANAT HADI.
Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.

Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).

CONTOHNYA, ULAMAK2 PENUNGGANG AGAMA RAMAI DLM hamPAS.

Anonymous said...

PELIKNYA GOLONGAN YANG FANATIK.

Peliknya golongan yang fanatik, walaupun ada rakaman yang terang lagi nyata dari ucapan pemimpin mereka, mereka tetap menafikan dan menyatakan bahawa itu semua tidak pernah wujud. Mereka menafikan sesuatu di lidah, tapi jiwa dalaman mereka akur. Ataupun, mereka enggan melihat bukti kerana mereka sudah membuat keputusan. Fanatik membuatkan mereka tidak dapat bercakap benar.

-Dr Maza-

Anonymous said...

Setelah Allahyarham Nik Aziz tiada...menjadi-jadi perangai dia...kasihan pengikut-pengikut yang dungu tu...tak nak komen presiden...dok serang parti lain untuk tutup kelemahan presiden

JawaHill PM said...

Jeles kat PAS le tu. Kalu PAS tak dak kekuatan tentu sape pun tak pedulikan.

JawaHill PM said...

Jeles kat PAS le tu. Kalu PAS tak dak kekuatan tentu sape pun tak pedulikan.

JawaHill PM said...

Jeles kat PAS le tu. Kalu PAS tak dak kekuatan tentu sape pun tak pedulikan.

Anonymous said...

"saya tak anti org umno" sila rujuk piagam HADI..yang dulu.berape banyak keluarga berpecah belah..berapa banyak kenduri org umno kena pulau..dan banyak lagi kalau nak sebut.minta tuan haji pisahkan ugama dari politik.

Anonymous said...

Jgn peduli dgn tuang lebai haji hadi tuu.... Biar dia rehat laa....kta org muda teruskan....perjuangan.

An Anonymous said...

8:17 bg komen buruk yg baru.. maknanya sebelum ini pasti dia anggap PAS bersih.. tq bro.. Kini PAN dah mula kepanasan dgn blok ke 3.. taruk minyak dah boleh mula goreng telur ni.. biasanya org pakai apa ekk utk goreng telor? Periuk atau kuali??



An Anonymous said...

Yg aku nampak cuma ayat terakhir itu aje yg mengkafirkan sesiapa mengamalkan "politik suku agama suku".. ini memang merujuk kpd mana2 individu samada UMNO, PAS, PKR dll lebih2 lagi PAN.. mungkin PAN terasa kut ..tu yg marah sgt pd TGHH.. pada kami tak nampak pun di mana silapnya amanat tuh..

Kalau merujuk pd perenggan di atas tuh.. "kita menentang UMNO bukan kerana dia UMNO.." maknanya parti memerintah mana2 sekalipun kalau tidak sebulu dgn cara islam yg syumul spt cara PAS, PAS akan menentangnya; bukannya PAS mengkafirkannya sebagaimana difahami oleh kuda tunggangan DAP aka PAN...

Dari amanat tersebut juga, sudah terbukti bahawa ahli2 PAS di Memali telah syahid kerana menentang kerajaan zalim spt ciri2 yg disebut dlm amanat tuh... malah PAS masih belum berhenti menentang kerajaan UMNO sehinggalah sekarang.. cumanya kini kita mengambil kaedah yg sedikit lembut iaitu hanya menentang UMNO ketika pilihanraya dan selain dari itu kita lebih selesa utk menasihati... bagaimanapun, cara sebegini mmg tidak disukai PAN kerana PAS masih kelihatan tidak mahu tunduk kpd DAP sebagaimana PAN tunduk..!!

An Anonymous said...

Itu andaian kau je.. sebenarnya contoh yg paling terdekat ialah yg dalam PAN kerana diam senyap (tanda setuju?) kpd :-
a. Redha Oktoberfest
b. Redha pemimpin yg tidak berjiwa islam
c. Redha parti sendiri menolak hudud jika parti sosialis tolak hudud
d. Redha ahli2 langgar sumpah baiah
e. Redha ahli2 langgar harta wakaf
f. Redha gerakan syiah dlm parti
g. Redha jadi kuda tunggangan pd parti sosialis
h. Mengaku parti islam tapi dgn tiadanya perlembagaan maknanya macam2 boleh jadi.. sbg cth boleh jadi parti selain islam spt filem terbaru Syamsul Yusoff
i. Redha pd LGBT wpun di zaman Nabi Luth dilaknat oleh Allah..
j. Redha INGAT PAN INGAT DAP..

Wassalam..

An Anonymous said...

Tuan mufti.. sila bercakap benar.. kalau x faham sila rujuk penerangan sy di atas.. kalau x faham jgk.. samada bangang atau tidak, terpulanglah pd mana2 individu....

An Anonymous said...

Bila dah berlakunya jualbeli sebuah bungalow mewah di sebuah negeri di utara tanahair secara "rela hati" tu, paham2 je lah macammana ianya boleh jadi sebegitu mudah..

Di mana katanya pembelinya ialah seorg ketua kerajaan negeri (dgn harga RM2.8juta sdgkan harga pasaran RM6.5juta) dan penjualnya pulak seorang rakan kepada kontraktor/developer yg berjaya membeli tanah pembangunan yg asalnya utk pembangunan rumah mampu milik yg digezet oleh BN (dgn harga RM11juta sdgkan harga pasaran RM22juta)... 

Kalau dak paham lagi tak tahu lah nak kata apa.. tapi kalau masih tak paham, confirmed apa?? Confirmed bangang..

Kita tunggu respon dari kuda tunggangan DAP aka PAN mengenai isu rumah bungalow di utara tanahair.. ada atau tidak kata2 nista yg akan terhambur keluar spt yg dihamburkan pd TGHH dan PAS..

An Anonymous said...

Walau apa pun perkembangan terkini, ketahuilah bahawa peristiwa kami berjaya menyingkirkan pemimipin2 bertopengkan Islam (bila dibuka topeng itu terserlahlah muka DAP) ketika muktamar lepas, adalah satu peristiwa yg paling menggembirakan seluruh warga PAS.. mana taknya takkan kita nak simpan lagi pemimpin2 sedemikian kalau di dlm topeng itu adalah rupa DAP..

Bukti kebenaran tindakan kami tersebut ialah sehingga kini mereka masih belum mampu punyai perlembagaan sendiri tidak seperti kami yg terus berpaut pada perlembagaan islam malah jemaah kami dipimipin oleh TGHH yg amat kami kasihi..

Jadi walau pelbagai celaan yg dtg, kami anggapkan itu hanyalah utk menyedapkan hati2 mereka yg telah disingkirkan dari PAS.. jadi berilah mereka masa dan peluang utk berkelakuan sebegitu kerana jika tidak, dibimbangi mereka akan bergabung dgn UMNO spt yg sudah dimulakan baru2 ini i.e. deklarasi rakyat.. kemungkinan selepas ini bolehlah kita gelarkan mereka sebagai PANUG.. selamat tinggal kpd gelaran PASUG.. Sayonara..

INGAT PANUG INGAT DAP...

An Anonymous said...

Komen anon 7:09 ni adalah bukti bhw PAN mengamalkan sekularisma yg memisahkan agama dan politik.. nasib baik kami berjaya singkirkan mereka dgn segera masa muktamar..

Anonymous said...

Maksud anon 7:09, ikut Amanah Hadi tu sbg individu Hadi sendiri dah kafir sbb dia juga amalkn politik suku agama suku bila Hadi tawarkan diri jd punahsihat 25% Najib ketua penyamun. Walaun2 Hadi pun sama ikut jd kafir mcm yg tok guru Pas ucapkn.

Sebab mulut badan binasa. Hadi dan walaun2 dia dah jilat kahak mrk sendiri. Gadai Islam guna perlembagaan parti tipu ahli dan org Melayu.

Anonymous said...

Kalo ikut Amanat Hadi tuu..walaun2 dan tok guru mrk yg kena bertaubat. Semoga Allah terima taubat mrk dan amalkan ajaran Islam sebenar berlandaskan Al Quran dan Hadis Nabi bknnya pd perlembagaan parti hamPAS. kui kui kui

Anonymous said...

Kita tk nak jd mcm Hadi presiden parti Islam yg suka maki hamun dan fitnah orang tanpa ada bukti kukuh.

Sbg org bijak dan beragama Islam, lebih afdhal kita tunggu hasil siasatan dari meroyan buat fitnah tak tentu psl.kui kui kui

Anonymous said...

Kalau asyik meroyan buat fitnah sana sini tanpa bukti kukuh npk sgt mcm dah kalut. SPRM pun tk kata apa2. Kalo masih tk faham mmg confirm bangang.

Kalau berani anon walaun Hadi gi SPRM tawarkn diri jd saksi Shahbudin yahya al pengecut. Mesti guan eng ketar siku lutut. kui kui kui

Anonymous said...

Tuang presideng Pas yg kaki ponteng dah offer diri jd punahsihat ketua penyamun Najib. Sepentas sedondon pink dgn pemerintah yg zalim dan menindas rakyat.

Utk dpt undi pru, bergabung dgn parti sekular sosialis Ikatan jd PASIK. Inilah konsep politik suku agama suku. Ikut amanat tu, Hadi dan walaun2 tolol dia dah jatuh kafir.

Anonymous said...

Hadis tu merujuk kepada ulamak dalam PAN,, islam,,tapi tunduk kepada Dap kapir laknatullah,

Anonymous said...

Mufti wahabi pemecah belah masyarakat, ini pun jual agama utk kepentingan yahudi ni,,pakaian islam,tapi kerja memecahbelahkan umat islam. Penipu lagi,,hadis Sohih kata doif, tu lah kerja wahabi

Ghozali zali said...

Pas makin matang tp yg bodoh lagi bangang adalah pengkomen yg tak faham tujuk spt aonymous.

Ghozali zali said...

Pas makin matang tp yg bodoh lagi bangang adalah pengkomen yg tak faham tujuk spt aonymous.

Anonymous said...

Salam Saudara Ghozali Zali,

PAS makin mantap apa??? Dah la. Bekas ketua persatuan ulama Malaysia, Ustaz Ahmah Awang, Dato' Seri Nizar menerangkan bahawa sejak dulu lagi Tuan Guru Hadi Awang dan Dato' Haron Din suruh mereka bergabung dengan UMNO malahan ahli PAS sendiri Dato' Husam cabar TG Hadi Awang berkenaan isu ini tetapi biasalah, TG Hadi mempondankan diri. Kalau x pondan jawablah!!!

Lepas tu ada pula ahli PAS tuduh PAN (saya lebih suka mereka dipanggil Amanah) redho itu ni berdasarkan tafsiran sendiri!!!

Bolehkah saya cakap dengan tafsiran saya bahawa ahli PAS redho Ustaz Attantawi suka tengok porno di mana-mana termasuk di Germany??

Bolehkah saya cakap ahli PAS redho pemimpin PAS Dr. Zuhdi memutar-belitkan hadis di Muktamar Yadim yang saya dengar dan lihat sendiri depan mata saya yang menunjukkan PAS jual agama, ahli PAS redho PAS jual agama, mereka bersekongkol seolah-olah tak takut dicampak di dalam neraka???

Bolehkah saya cakap ahli PAS redho TG Hadi Awang fitnah orang jual pil kuda sampai orang PAS ni macam balaci fitnah ke bodoh ke bangang ke semua ikut???

Saya pernah melihat ahli PAS post kata TG Hadi Awang berjaya menyelesaikan isu peperangan di Yaman sampai pemimpin Yaman berasa malu. Bila ditanya tak nak layan. Rupa-rupanya perang masih bergolak di Yaman, pemimpin Yaman lari luar negara perang apa yang TG Hadi Awang selesaikan???

Bolehkah saya kata ahli PAS redho ahli PAS yang lain menipu macam Syiah?? Yalah, Syiah je satu-satunya agama menipu dapat pahala. Islam tak ajar umatnya menipu.

Amanah kepanasan dengan blog ke3??? Dah la. Ahli ikatan 79 orang je (saya fikir 100 orang, lebih lah sikit), NGO yang nak dikata nak bersama pun tak ingin datang panas apanya!!!

BEst betul ahli PAS ni, mendewa-dewakan TG Hadi sampai sanggup kata penyelesai masalah perang Yaman. RUpa-rupanya penipu macam orang SYiah pulak!!!

Buat malulah...

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Ikut Amanat Hadi sbg individu Hadi sendiri dah kafir sbb dia juga amalkn politik suku agama suku bila Hadi tawarkan diri jd punahsihat 25% Najib ketua penyamun. Walaun2 Hadi pun sama ikut jd kafir mcm yg tok guru Pas ucapkn.

Sebab mulut badan binasa. Hadi dan walaun2 dia dah jilat kahak mrk sendiri. Gadai Islam guna perlembagaan parti tipu ahli dan org Melayu.

Tuang presideng Pas yg kaki ponteng dah offer diri jd punahsihat ketua penyamun Najib. Sepentas sedondon pink dgn pemerintah yg zalim dan menindas rakyat.

Utk dpt undi pru, bergabung dgn parti sekular sosialis Ikatan jd PASIK. Inilah konsep politik suku agama suku. Ikut amanat tu, Hadi dan walaun2 tolol dia dah jatuh kafir.

Anonymous said...

INGAT PAS INGAT TUANG PRESIDENG PARTI ISLAM PUTARBELIT KAKI PONTENG

INGAT PAS INGAT HUDUDDUIT

INGAT PAS INGAT MEMALI

INGAT PAS INGAT OSTAT PAY PER VIEW

INGAT PAS INGAT IKATAN, UMNO, MCA, MIC, GERAKAN.

INGAT PAS INGAT WALAUNTA2 TOLOL BELAAN HADI DAN HARUN JIN.

Anonymous said...

AKIBAT POLITIK MATANG, PARTI PENJUAL AGAMA PAS DITIPU PARTI PENYAMUN UMNO

Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.

“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan. “Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya lapor Free Malaysia Today

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails