Monday, March 21, 2016

Mesir, Bertempur Dengan IS, 13 Polis Terbunuh..

AGENSI - GAMBAR fail menunjukkan anggota keselamatan Mesir bertempur dengan penyokong Morsi di Dataran Ramses, Kaherah pada Ogos 2013.
KAHERAH – Sekurang-kurangnya 13 anggota polis Mesir terbunuh di Semenanjung Sinai selepas pengganas melepaskan tembakan mortar ke arah sebuah pusat pemeriksaan di bandar Arish, kata sumber pasukan keselamatan dan perubatan kelmarin.
Kumpulan militan Islamic State (IS) telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut melalui beberapa laman web sebelum media rasmi Mesir mengesahkannya.
Beberapa buah ambulans turut berdepan tembakan bertubi-tubi ketika cuba bergerak ke arah mangsa yang cedera, jelas sumber terbabit.
Sekumpulan saksi memaklumkan mereka mendengar satu letupan besar sebelum jalan ma­suk dan keluar di bandar tersebut dikepung pasukan keselamatan.
Mesir sedang berdepan kumpulan pemisah yang semakin kuat selepas tentera kerajaan menggu­lingkan bekas presiden, Mohammed Morsi daripada gerakan Islam tertua negara ini, Ikhwanul Muslimin sekitar pertengahan 2013.
Pemberontakan yang dilancarkan cabang IS di Semenanjung Sinai itu telah meragut nyawa beratus-ratus orang anggota tentera dan polis di samping mula menyerang kepen­tingan Barat di Mesir.
Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang mengetuai tindakan menggulingkan Morsi, baru-baru ini menggambarkan pemberontakan militan sebagai ancaman terhadap negara ini.
IS mengawal beberapa wilayah besar di Syria dan Iraq serta mula bertapak di Libya yang berkongsi sempadan dengan Mesir.
– Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails