Saturday, August 01, 2015

PKR Perli GHB, 'jambatan pun tak nampak lagi.. '

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PKR terbuka untuk semua bagi bersama-sama menentang kezaliman, salah guna kuasa dan rasuah. - Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Julai, 2015.

PKR mengulangi pendiriannya untuk menerima mana-mana pihak, termasuk Gerakan Harapan Baru (GHB), menyertai pakatan pembangkang.

"Kita terbuka untuk semua sekarang ini, untuk kita sama-sama menentang kezaliman, menentang salah guna kuasa, menentang rasuah," kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersempena program Jelajah Amanat Presiden di Tanah Merah hari ini bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din baru-baru ini bahawa PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu menyertai DAP dan GHB membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu .

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, enggan mengulas lanjut berhubung penyertaan GHB dalam pakatan pembangkang.

"Kita pun tak tahu GHB jadi parti atau tidak. We cross the bridge (when we come to it) ... bila dah sampai dekat jambatan, baharu kita cakap. Ini jambatan pun tak nampak lagi ... 'pre-mature' untuk komen, "katanya. (Bernama, 31 Julai, 2015.)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ini jambatan pun tak nampak lagi ... ' Adakah PKR perli GHB? Atau memberi perangsang bagi percepatkan penubuhan?

Sementara itu, GHB akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
(IH)

3 comments:

Anonymous said...

Tak luak pun kalau itu dikatakan perli, sebab sindiran rakan mereka di dalam PAS sebelum ini lebih cukup zalim, kejam, pedih dan menghiris hati.

Jawapan itu untuk wartawan sebenarnya... yang bermaksud belum tiba masanya soalan itu diajukan, bila betul-betul sah kewujudannya baru soalan tu sesuai ditanya.

SuJeng said...

Makin byk promo free utk GHB.....

SuJeng said...

Makin byk promo free utk GHB.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails