Monday, July 27, 2015

S/Usaha Agung PAS Bongkar Rancangan DAP Hancurkan PAS..


KOTA BARU: Penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) oleh kumpulan yang digulingkan dalam pemilihan PAS pada Jun lalu adalah rancangan DAP untuk memecahkan parti, kata Setiausaha Agung parti Islam itu, Datuk Takiyuddin Hassan. 

Selain itu Ahli Parlimen Kota Baru itu berkata, DAP mengetahui bahawa mereka tidak boleh menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya PAS terus bersatu. Takiyuddin juga menuduh DAP bertanggungjawab menyalurkan dana kepada GHB.

"Kami menyedari rancangan halus DAP, tetapi masih mendiamkan diri selama ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya di sini.

Sebelum ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata PAS tidak akan menjadi sebahagian daripada pembentukan pakatan pembangkang baharu kerana mendakwa parti itu menjadi punca berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat. Beliau juga berkata penyediaan dana kepada GHB bukan isu yang penting untuk diperkatakan. 

Takiyuddin berkata, kesediaan DAP untuk membiayai parti baharu itu nanti adalah bukti jelas bahawa GHB merupakan satu langkah untuk memecahkan PAS. (IH/sumber mStar)

12 comments:

Anonymous said...

Dana? Apa buktinya? Masuk dalam akaun siapa? Di bank mana? Pakai cek ke? Atau transaksi ATM sahaja? Dalam matawang apa? Takkan dalam UNIT kot? Mana 2 saksinya? Berapa billion? Ni ustaz, kau tahu ke baca akaun? Kau tahu le bahasa Inggeris aku takut kau baca lain kau translate lain.

Anonymous said...

PAS dah meroyan dan lalok sbb terlebih pekena "pil kuda" yg di beri oleh TGHA

Bikin malu sama melayu saja..

Anonymous said...

PAS dah meroyan dan lalok sbb terlebih pekena "pil kuda" yg di beri oleh TGHA

Bikin malu sama melayu saja..

Anonymous said...

Pengikut yang tolol saja nak ikut pemimpin tolol yang kecewa....

Anonymous said...

apa pun GHB kita tunggu dan lihat. Bermula dengan group yang tewas, memusuhi kumpulan ulamak, menyertai kumpulan yang menolak hudud, dan episod seterusnya.

Anonymous said...

Wahai lebai2 PAS. Bukan kah molek kiranya PAS ini dijadikan wadah dakwah aja. Banyak ahli2nya terdiri dari lebai2 yg bijak dan berpengetahuan agama. Rakyat lebih hormati kamu wahai lebai2 PAS. Rakyat akan lebih percaya kamu wahai lebai2 PAS kerana pengetahuan agama yg kamu ada.
Jangan lah memalukan diri kamu wahai lebai2 PAS dgn kecetekan dan kedungungan kamu dlm bidang politik. Amat memalukan wahai lebai2 PAS. Akan hilang rasa hormat rakyat pada kamu wahai lebai2 PAS disebabkan kebodohan kamu berpolitik. Cukup2 lah. Henti2 kan lah menyalahkan, memperkecil2kan, menakut2kan org yg tak selebai dgn kamu. Terasa jijik dilihat....

Anonymous said...

dah jadi macam umno

sendiri salah dan khianat
tuding jari pada orang lain.

macam-macam punya gila.
ini gila takut kalah taada jawatan
fulus pun tak masuk

bukan fighting for ugama tetapi
fighting for syoru, nanti miss syoru,tak boleh pakai kereta mewah

Anonymous said...

dap tu besaq mana..kita guna dap la ni aku nampak...bangang! klu dah menang pon pkr dap cina bole buat pa...wooi melayu ramai la...nk tipu pon pada pada la otak bankrup...

Anonymous said...

Memang benar berita itu sebab S/Usaha Agong Pas ada bersama DAP ketika rancangan jahat untuk mengahncurkan Pas.beliau adalah salah seorang perancangnya,Belaiu tidak bolih menafikanya .bukti cukup jelas,seoarng lagi peminpin Pas yang ada bersama DAP ketika itu ialah Nik Tak Amar.tolong jangan nafikan lagi,kalau tidak masakan mereka tahu,sebab tidak ada ornag lain tahu hanya mereka berdu aje yang tahu ,DAP pun tak tahu,

Anonymous said...

Anonmuose 11.23,memanglah pengikut yang tolol sahaja yang nak ikut peminpin yang tolol dan kecewa,kita biarkan pengikut yang bodoh untuk kekal dengan peminpin yang bangang yang terus menunjukan kesombonganya.

Anonymous said...

memang iyalah pun DAP yg punya angkara. Yg pas pegi ikut dari dulu sapa suruh?
Dap sokong gereja, Pas kelantan ziarah kuil buddha, pas ulamak gang surau. Pkr opportunist tukang racun. Mana nak satu hati.
Teruskan perbalahan ni hingga membawa kehancuran, pergaduhan, pertikaian dan perpecahan sesama anda. Ini semua kerja agen Umno.
Diri sendiri suci maksum. Tiket syurga nik aziz dah tinggalkan. anytime boleh masuk.

Naazar said...

Sekarang nih walaon2 dah khatam bab FITNAH .......sebab tu lah hari2 dok berzikir mentahkikkan fitnah menyambung lidah Tuang Guru Presideng.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails