Saturday, August 01, 2015

P'raya Sarawak: GHB Pecahkan Undi Pakatan.. -Iskandar A/Samad



Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak sepatutnya memecahkan undi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang sekiranya ia ikhlas mahu mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad (gambar) berkata tindakan gerakan itu yang ingin meletakkan calon pada pilihan raya tersebut dilihat lebih cenderung "mengganggu" undi PR berbanding Barisan Nasional (BN).


"Sekiranya GHB benar-benar ikhlas dengan agenda mereka dalam dunia politik, mereka sepatutnya lebih fokus untuk menarik pengundi BN dan yang atas pagar, bukan PR.
"Kita (GHB dan PR) sedang berdepan dengan BN dan pada pendapat saya, kita tidak sepatutnya memecahkan undi pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Iskandar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan GHB Sarawak sebelum ini, yang bersedia meletakkan calon pada pilihan raya negeri itu akan datang.

Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016. - Bernama

13 comments:

Anonymous said...

Go GHB...Go
No entry utk PAS

Anonymous said...

Tak ada GHB, Pas hilang deposit di Serawak, Bila ada GHB ,Pas nak letak kat mana?Nak tanya iskandar Pakatan ada lagi ka?.Cuba ko tenguk tempat ko DUN Cempaka dekat Pandan,itupun ko menang sebab menempek popularity Rafizi,...

Anonymous said...

Kamu penyokong kuat GHB jangan sombong. GHB takke mana juga. Undi akan berpecah, maknanya yang solid adalah BN dan dap. Yang ditengah-tengah akan jadi makanan UMNO dan BN je.Kita tunggu dan lihat. PKR pun belum tentu selamat dalam PRU 14 nanti.

Anonymous said...

PAS kena sedar kamu sudah jadi seperti kera sumbang.

Anonymous said...

Iskandar Samad masih bermimpi mungkin....dia tidak sedar PR telah dikuburkan tanpa nisan oleh Tuang Presidengnya....

Anonymous said...

Mamat ni sibuk pasal pecahkan undi pakatan, yang tuang presidengnya pecahkan parti sendiri taknak pula dia komen. Memang dah bengap betullah kelompok ini.........

Anonymous said...

Duhai pendukung GHB, duduklah sepayung dengan DAP yg menentang Hudud @ menentang Islam. Teruskanlah menyanjung DAP dan kutuklah PAS semahu kamu. Yang pasti kamu sedang mengangkat pedang bersama2 kafirun DAP memerangi muslimin yg hendak menegakkan Islam. Bertaubatlah sementara Allah masih memberi kau nyawa.

Unknown said...

Menegakkan Islam dengan memungkiri janji?
Menegakkan Islam dengan memfitnah?
Menegakkan Islam dengan pakai Cai?
.....dengan label buruk kepada sahabat?
.....dengan menyokong kerajaan BN?
.....dengan maki hamun?

ISLAM APA YANG HENDAK DISAMPAIKAN DENGAN CARA DEMIKIAN?

Unknown said...

Menegakkan Islam dengan memungkiri janji?
Menegakkan Islam dengan memfitnah?
Menegakkan Islam dengan pakai Cai?
.....dengan label buruk kepada sahabat?
.....dengan menyokong kerajaan BN?
.....dengan maki hamun?

ISLAM APA YANG HENDAK DISAMPAIKAN DENGAN CARA DEMIKIAN?

Unknown said...

Menegakkan Islam dengan memungkiri janji?
Menegakkan Islam dengan memfitnah?
Menegakkan Islam dengan pakai Cai?
.....dengan label buruk kepada sahabat?
.....dengan menyokong kerajaan BN?
.....dengan maki hamun?

ISLAM APA YANG HENDAK DISAMPAIKAN DENGAN CARA DEMIKIAN?

Anonymous said...

yg haid letak calon bertindih pru lepas tu apa kejadahnya? bn sapu semua kerusi2 tersebut. jgn tuding jari kat org lain. kalau haid boleh buat, org lain pun berhak nak buat sama.

pas dah jadi hampas. asyik tuduh org lain.

why don't u look at the mirror and tell the monkey to go away!

walaupun kena main dgn umno bab hudud, haid bukan main mesra lagi dgn umno. tengok lah oktober depan, kena main lagi tak...


Anonymous said...

Haid ke Hadi awe? Salah eja kot? Nk tunggu bila hadi nk pakat dgn bn. Napok dah mesra sangat dah. Iskandar pulak dok ingat PR masih hidup. Politik giler oleh Pas Chai. Huhu. Uwekk.

Anonymous said...

Wahai Pas Chai. Berjuang lah kau seorang diri. Jebon, munafik haraki, broker & barua dah keluar. Redha Allah lebih penting. Kalah pun ok je. Umno Bn dah mau kepada islam. Amanat Hadi Awe 1981 Banggol Peradong boleh campak ke laut dah. Tk relevan. Kah kah. Marilah bersatu dgn umno. Umno islam. Dap kafir.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails