Wednesday, September 17, 2014

Keluar Dewan Biasa, Bukan Protes - Mohamad Sabu


KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan keluar dewan adalah perkara biasa dan bukan suatu protes.

"Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas.
"Saya tidak nampak ia sebagai protes," katanya sebagai respons kepada tindakan beberapa perwakilan pemuda yang keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 hari ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tindakan itu tidak wajar. Beliau yang ketika ditemui di luar dewan muktamar‎ akan mendengar laporan dari Pemuda PAS berhubung insiden tersebut.

"Saya tidak pasti apa yang berlaku sebab saya duduk di bahagian hadapan sekali.
"Tetapi dalam keadaan kita mendengar ucapan hangat dari Muktamar Pemuda, ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kita akan mendengar laporan dari muktamar pemuda atas apa yang berlaku hari ini," kata beliau.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan tindakan tersebut adalah perkara biasa.

Demikian menurut Harakahdaily.

Sedangkan menurut Malaysiakini kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya. Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.'
  

3 comments:

Anonymous said...

Jadilah PAS seperti UMNO yang mana Presiden dan MSU tidak boleh dikritik walaupun mereka mungkir janji(tidak amanah) dan tidak bercakap benar(bohong) dalam pakatan. Malah bercadang nak gabung dgn UMNO di Selangor.

Anonymous said...

PAS sudah rosakkan dakwah kepada non muslim apabila non muslim tidak lagi percaya pada ustaz-ustaz dan ahli agama kerana sikap golongan agama dalam PAS yg menikam pakatan

panah said...

Orang yg kurang siuman jer buat kritikan secara terbuka!
Apa agenda yg nak diberitahu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails