Thursday, September 18, 2014

Jangan Labelkan 'munafik', Amat Berat... -Perwakilan Johor.


KULAIJAYA: Ahli-ahli PAS diingatkan agar jangan mudah melabelkan sesama ahli dengan label yang tidak baik seperti 'munafik', 'pengkhianat' dan lain-lain label tidak baik seperti yang berlaku sekarang.

Wakil Johor, Mohamed Kassim berkata, melebalkan seseorang ahli PAS sebagai munafik adalah keterlaluan kerana munafik adalah label yang amat berat sehingga orang munafik akan ditempatkan di dasar neraka di akhirat nanti seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran.

Menurut beliau, tidak munasabah sama sekali ahli PAS memiliki sifat munafik seperti yang dilabelkan itu kerana setiap ahli PAS pasti faham dengan peranan mereka untuk berjuang menegakkan Islam dengan penuh kejujuran.

Katanya, bagi mengelakkan salah tanggapan sehingga membawa kepada tindakan melabelkan munafik kepada sesama sendiri, setiap ahli PAS perlu bijak menilai berita yang diterima.

"Takkan dalam PAS ada orang yang hina hingga ke peringkat itu? Jadi jangan terpengaruh dengan laporan akhbar yang tidak bertanggungjawab, kecuali yang disiarkan akhbar Harakah," katanya ketika berucap membahaskan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar dewan itu ke-53 di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini.

Beliau mengingatkan setiap ahli PAS supaya berhati-hati dengan tindakan seperti itu dengan lebih mementingkan kepada tindakan mengeratkan jalinan ukhwah dalam PAS, di samping berhati-hati agar tidak memberi ruang kepada pihak luar mengambi kesempatan untuk menjatuhkan parti Islam itu.

"Setiap ahli PAS perlu patuh atau wala kepada pemimpin terutama Tuan Guru Presiden sendiri. Jika terdapat perkara yang tidak disenangi dengan pemimpin hendaklah dinyatakan mengikut salurannya yang betul secara beradab," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 17/9/2014

3 comments:

Anonymous said...

Apa na buat bila President PAS pun kuat fitnah

Anonymous said...

Senangnya ustaz norazli melebelkan orang munafiq.disebabkan tidak wala'pada Presiden ,habis! peminpin Pas yang menyokong Khalid yang tidak wala' pada Presiden dia kau sokong pula.Kamu buta dan tuli serta pekak badak.mungkin dah tertutup dengan jumud kamu.Sedarlah diri ,kamu berdiri untuk menegakan islam dan akan menjalankan hudud.tapi bagaimana hendak menjalankan tugas tersebut kalau kamu tidak menguasai Malysia ni.Hendak berkusa di Malaysia ni perlu kepada sokongn abukan islam.Memang Allah yang menntukan tapi Allah bagi kamu tu Otak untuk berfikir dan berusaha.sedar sikit lah

panah said...

baca & dengarlah pula penjelasan & hujah 'label munafik' dari atTakiri !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails