Monday, September 15, 2014

Kejayaan Pertama M'sia, Nurul Atiqah Bertudung Raih Pingat Emas


Nurul Atiqah Abu Talib, tetap memaki tudung walaupun bersukan.

SUKAN 
KUALA LUMPUR: Atlet muda, Nurul Atiqah Abu Talib mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 'shooting' pada Kejohanan Petanque Piala Konfederasi Wanita Dunia di Arena PPWPKL Pudu di Ulu Cheras, di sini Ahad.

Nurul Atiqah, 19 meraih kejuaraan itu selepas menewaskan lawan daripada Perancis, Audrey Bandiera 37-21 pada aksi final. Kemenangan itu merupakan kejayaan pertama Malaysia pada peringkat tertinggi.

"Saya mendapat keyakinan maksimum selepas menang pada perlawanan swengit separuh akhir. Kejayaan ini menambahkan keyakinan saya untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara di Sukan SEA 2015 di Singapura nanti," katanya.

Sementara itu, bagi acara 'triples', gandingan Nurul Atiqah, Anis Amira Basri, Ariba Aida Hasan dan Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan Sweden 13-11. Pingat emas acara 'triples' diraih oleh Perancis selepas mengecewakan juara bertahan Thailand 13-10.

Tahniah!
(IH)

1 comment:

Anonymous said...

nanti ada org kita yg mcm sial yg komen 'nasib baik,kebetulan etc'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails