Saturday, September 20, 2014

2 Perkara Ini Jadi Bukti Ada Gerakan Guling Presiden PAS?


Dilaporkan Muktamar Tahunan PAS ke-60 dikejutkan ada gerakan terancang menggulingkan Presiden PAS?

2 perkara ini dilaporkan, Muktamar Tahunan PAS ke-60 Batu Pahat dikejutkan dengan pendedahan yang mendakwa wujud gerakan terancang untuk menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gerakan berkenaan dikatakan turut didalangi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian lapor mStar.

Satu

Perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhil Shaari ketika mendedahkan maklumat itu berkata, dakwaannya itu disokong dengan bukti ramakan video mengenai perhimpunan gerakan berkenaan di Kota Baru baru-baru ini.

"Wujud anasir untuk turunkan presiden, ada satu perhimpunan di Kota Baru pada 31 Ogos lalu.
"Malah ada AJK PAS Pusat yang hadir. Saya ada rakaman. Kalau Pengerusi izinkan, saya boleh pasang...tapi panjang sangat. Perhimpunan itu menyebut tentang usaha untuk menjatuhkan presiden," katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden ketika Muktamar Tahunan PAS ke-60 pada Jumaat.

Dua:

PAS dilihat berhadapan masalah dalaman apabila wujud pertikaian mengenai kuasa eksekutif Abdul Hadi sebagai Presiden dalam menyatakan pendirian dan keputusan membabitkan kepentingan parti.
Isu berkenaan timbul apabila Abdul Hadi menyatakan pendirian bertentangan dengan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP berhubung pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Ahmad Fadhil turut menegur Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Abdul Hadi. Katanya tindakan itu jelas melanggari adab dan tatatertib sebagai ahli PAS.

"Kita sedih dengan apa yang berlaku iaitu apabila presiden buat kenyataan mengenai menteri besar (Selangor) dengan berpegang kepada keputusan Majlis Presiden bahawa 'Langkah Kajang' bukan bertujuan menukar menteri besar dan berpegang dengan keputusan asal...tapi timbalan kata ini keputusan peribadi presiden.
"Timbalan sepatutnya membantu dan memperkukuhkan presiden. Kalau ada beza pandangan, bincang dalam mesyuarat bukannya guna media," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bukan!  Bukan 2 perkara ini menjadi bukti wujud gerakan terancang untuk menggulingkan Presiden PAS. Ia hanya gelombang kopi di dalam cawan PAS. Berbeda pendapat yang dapat melahirkan percambahan dan pengkayaan ide.
Allahu 'aklam.

3 comments:

Anonymous said...

jago klate molek2,,..




Anonymous said...

Apa2pun saya lihat TGHH patut letak jawatan.
Sbbnya:
1. Beliau gagal mempertahankan Terengganu
2. Beliau gagal menyelesaikan krisis d Kedah sehingga Pas kecundang
3. Tuduhan melulu beliau dan memalukan Pas di mata pakatan ketika PRU yg lalu pada calun pakatan mengenai kes pil kuda
4. Tindakan beliau tidak menyokong keputusan MB yg dibuat pakatan telah mencetuskan polimik di selangor amat memalukan rakyat dan penyokong
5. Faktor usia beliau...

Anonymous said...

Kalau sayangkan TGHH molek nasihatkan beliau bersara dari jawatan Presiden Pas dari merosakkan tanzim PAS. Ketika ulama yg sebenarnya spt Tuan Guru Hj Salleh Sik menasihati beliau ketika krisis di Kedah beliau engkar. Beliau senang mendengar Zuhdi yg jadi talibarut UMNO dlm PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails