Saturday, September 20, 2014

Takut Ceramahnya Tak Laku, BN Guna Nama Bekas Artis-artis Ini?

mStar Default Image


PENGKALAN KUBOR: PAS menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal mengadakan konsert di Pengkalan Kubor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut seperti yang tertera pada poster 'Konsert Amal Darul Naim'.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, poster yang telah tersebar di laman sosial itu mendakwa PAS akan mengadakan konsert amal pada malam 20 September bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Geting, di sini.

"Ramai di kalangan ahli kita yang menerima poster menggunakan lambang PAS, kononnya PAS anjur konsert amal menampilkan penyanyi seperti Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah malam Sabtu (esok) melalui WatsApp dan Facebook. Saya sendiri terima mesej itu.
"Kita tidak pernah menganjurkan acara seperti itu dan meminta supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan kempen berniat jahat seperti ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Beliau berkata poster tersebut disedari tersebar di media sosial kira-kira dua hari lalu.
"Poster itu menunjukkan kononnya PAS menjemput penyanyi Abby Abadi, Dayangku Intan dan Aishah untuk konsert amal," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran mendakwa perbuatan tersebut dilakukan oleh musuh politik mereka iaitu iaitu Barisan Nasional (BN). Dakwanya, BN sengaja menyebarkan poster tersebut sebagai dakyah untuk memburukkan PAS kerana parti itu bakal menganjurkan forum perdana pada malam Sabtu (20 September) di lokasi sama.

Forum agama tersebut menampilkan penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias.

"BN ada program agama di SMK Geting, tetapi kononnya PAS anjur konsert. Mustahil PAS boleh 'masuk' buat majlis di sekolah di bawah kerajaan Persekutuan.
"Mereka seolah-olah mahu orang ramai buat perbandingan bahawa BN anjur majlis keagamaan untuk berkempen tetapi PAS anjur majlis hiburan," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS tidak berhasrat mengambil tindakan selagi tiada poster dicetak atau digantung di mana-mana kawasan di Pengkalan Kubor. Sementara itu, petugas di Markas BN Pengkalan Kubor ketika dihubungi mengesahkan bahawa forum perdana akan diadakan di SMK Geting pada malam Sabtu. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mungkin BN nak lariskan ceramahnya, takut tak ada orang hadir, dia guna nama Konsert Amal Darul Naim oleh selebriti-selebriti kononnya anjuran PAS, yang sebenarnya tidak ada. Memang puak-puak tu lumrah kerjanya menipu rakyat! Itu antara buktinya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails