Friday, September 19, 2014

Masjid Ini Untuk Kaum Gay, Tapi Ada Lambang PAS?

Heboh Masjid untuk Gay Dibangun di Afsel  Masjid itu juga bersedia menikahkan wanita muslim yang ingin menikah dengan non-muslim.

LIHAT betul-betul gambar masjid ini, di menara atanya ada lambang bulan berlatar belakang hijau, lambang PAS ke?

Tetapi sebenarnya... Digambarkan sebagai tempat ibadah non-sektarian pertama yang membenarkan toleransi dan kesaksamaan gender, sebuah masjid baru di Cape Town, Afrika Selain yang mengundang reaksi keras dan heboh di jejaring sosial.

Masjid bernama Open Mosque yang sedianya akan dirasmikan saat salat Jumaat minggu ini (besok) dikatakan sebagai "Kuil Kaum Gay".

"Saya kira para ulama tidak senang dengan masjid baru yang bebas akan mencabar pihak berkuasa mereka," kata Taj Hargey, seorang profesor Pengajian Islam dan sejarah Afrika di Universiti Oxford, kepada Cape Times.

Hargey adalah salah satu pengasas masjid baru tersebut dan dijadualkan akan memberikan khutbah Jumaat pertama di masjid ituMasjid baru itu digambarkan oleh pengasasnya sebagai masjid non-sektarian pertama yang mengakui kesaksamaan jantina dan bangsa di Afrika Selatan. Dalam pandangannya, Islam itu mencerahkan, ilmiah dan saksama.

Untuk itu, Open Mosque akan menyambut baik Muslim Sunni dan Syiah dan mereka akan mendapat perkhidmatan yang samaSelain itu, pengurus Open Mosque juga akan mengundang perempuan untuk memimpin salat Jumaat serta menerima gay dan non-muslim untuk hadir dalam masjid.

"Saya tidak menyokong kehidupan homoseksual, tapi saya tidak mengutuk mereka sebagai manusia. Kami akan menyambut kaum gay dan mengajak berbincang soal seksualiti, politik dan lain-lain," katanya.

Ditambah pula, masjid bersedia menikahkan wanita muslim yang ingin berkahwin dengan non-muslim. Terlepas dari itu, Hargey merasa Muslim Judicial Council (MJC) tidak mempunyai kuasa atas dirinya atau masjid yang didirikannya.

"Saya kira reaksi keras terhadap masjid ini disebabkan para ulama seperti MJC tidak ingin monopoli mereka terhadap agama dicabar," katanya. "Anggota MJC tidak dipilih, tidak telus dan eksklusif. Mereka tidak mempunyai kuasa atas saya atau masjid."

Selain mendapat kritikan pedas dari media sosial, masjid baru tersebut juga memancing emosi kumpulan-kumpulan Muslim Afrika Selatan.

"Kami melihat dan merasakan kecemasan dalam komuniti kami. Alhamdulillah komuniti kami berusaha untuk melindungi integriti dan kemurnian iman kami." Riad Fataar, wakil presiden MJC, mengatakan kepada Voice of Cape hujung minggu lalu.

Fataar menambah bahawa dewan MJC sedang menyiasat siapa di sebalik pembangunan masjid Open Mosque. "Apa pun yang bertentangan dengan iman kami dan yang menolak sumber utama seperti Al-Quran dan hadis akan dikutuk oleh MJC," katanya.

Ditambahkannya, komuniti Muslim Afrika Selatan ingin melindungi keimanan warganya dan memastikan mereka tidak tertipuMansoora Afrika, ketua perempuan Islamic Unity Convention, menekankan bahawa seorang wanita baru boleh memimpin salat Jumaat hanya jika tidak ada "orang yang mampu" dalam majlis tersebut.

Secara umum, saat solat, seorang perempuan tidak boleh mengimamkan lelaki kecuali perempuan lain seperti di masjid khusus perempuan di China. Menurut kesepakatan ulama seorang wanita dibenarkan untuk memimpin perempuan lain dalam salat berjamaah jika tidak ada lelaki yang mampu menjadi imam.

Sementara hubungan sesama jenis, termasuk perkahwinannya, jelas-jelas dilarang dalam Islam, Kristian dan semua agama wahyu. Islam juga melarang muslim untuk berzinaBukan kali ini saja ada masjid yang dinilai kebablasan.  

[16.5.JPG]
Aminah Wadud, mengimani sholat Jumaat termasuk lelaki di belakangnya. Satu lagi ajaran sesat dalam Islam.

Pada November 2012, seorang homoseksual Perancis mendirikan sebuah masjid di Paris yang menerima kehadiran jamaah gay dan wanita yang tidak memakai hijab. Langkah tersebut mencetuskan kecaman dari Muslim Perancis. Mereka mengecam hal tersebut kerana mempromosikan tindakan tidak bermoral dan sombong.

Satu lagi, umat Islam dicabar dengan ajaran sesat.  (IH)

4 comments:

maae said...

Jentera tangan ghaib dah mula masuk. Agenda untuk mensekularkan Islam memang begitu efektif dalam lakaran peta dunia mereka.

Jika nampak macam lambang Pas, itu lah yang bergolak dalam Pas sekarang... para Ulama Pas tidak lagi di lihat 'pewaris' Nabi. Mereka di caci maki hamun... Open mosque hanya kesesatan nyata yang di catur barat...

Anonymous said...

apa motif mu buat tajuk mcm ni?saja nak aibkan Pas?langsung x de kena mengena berita ni dgn Pas..

zaidun said...

Apa salahnya?

Ianya penjelasan. Paling kurang soal bendera. Mungkinkah sama dengan PAS?
Di mana aibnya PAS?

Lainlah, kalau perangai orang PAS macam penghuni masjid itu.

Saya cadang supaya PAS bantah penubuhan masjid itu, beritahu kepada dunia,itu masjid dhirar', yang Nabi pernah suruh bakar!

Mengadu kepada Majlis Ulama Dunia yang Yusuf Qardhawi sebagai Presiden dan Presiden PAS sebagai timbalannya/naib .

Bakar masjid dhirar!

Anonymous said...

Jauhilah fitnah wahai admin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails