Wednesday, September 17, 2014

Hebatnya Bahas Pemuda 'keras', Hingga Pengerusi Dikejar Ke Hospital


MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia bersambung selepas majlis perasmian yang 'agak sunyi' pada petang tadi. Suasana selepas perasmian sedikit kusam, malah tiada lagi denyut bentak yang biasanya kedengaran memencak alam.

Namun, sebaik bermulanya pembukaan 'gelanggang sebenar' di sebelah malam, Dewan Choon Moi di Kota Tinggi ini bergegar dengan lontaran takbir memencak awan sunyi di kota Umno ini yang selama ini hanya mengaum dengan deruman kereta dan motor sahaja.

Bermula dengan pembukaan bagi pengesahan berhubung Muktamar Pemuda ke-54 yang lalu, suasana senyap menjadi kecoh dengan laungan keinginan perwakilan agar keabsahan pemilihan yang berjalan pada tahun lalu disemak kembali.

Beberapa perwakilan menarik fungi Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal Ashaari  dan Timbalannya, Dr Riduan Mohd Noor dalam mengepalai pentas utama.Dalam nada yang agak 'keras' dan 'bentak' beberapa perwakilan mencapai copong suara untuk mengempas ketidakpuasan hati mereka tentang keputusan untuk memulangkan semula soal penyiasatan keabsahan pemilihan lalu kepada pihak atasan.

Namun, Ustaz Kamal Ashaari akhirnya berjaya mengendalikan berantakan awal walaupun beliau terpaksa berdepan dengan situasi cemas kekecohan sementara.Akhirnya Ustaz Kamal dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas menangis ketika menegur sikap beberapa perwakilan yang sedikit mengusik hatinya.

Sebaik perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda dimulakan, perwakilan Johor, Zulhelmi Rohani membentak minda perwakilan agar lembali melihat kepada kewajiban seluruh pemuda PAS untuk melihat tanggungjawab menguruskan isu dengan lebih baik agar ianya mencerap minda rakyat bagi menyokong PAS.

Dalam bingkisan awalnya juga, Zulhelmi sempat menyimpulkan agar setiap kepimpinan kembali melihat peri pentingnya krisis yang sedang melanda PAS ini diuruskan sebaiknya agar tidak lagi berlaku kegoncangan yang boleh meranapkan parti.

"Jangan berbantah-bantah, kita akan kehilangan kekuatan andai kita berpecah belah," pesannya sinikal mengharapkan saf kembali bertaut dengan seluruh ahli meletakkan keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

Mengambil peluang berucap, Perwakilan Kedah, Ustaz Ahmad Azam Abdul Samad yang juga Adun Sungai Limau membuka pencak silat dengan memugar semula jiwa pemuda agar kembali mencermin wajah sebenar PAS dalam massa hari ini.

Meletakkan asas bahawa PAS adalah sebuah parti Islam, dan kekal sebagai sebuah parti Islam tanpa bertukar wajah samada  adanya pujukan berwajah liberal, sosialis mahupun oriantalis, seluruh ahli PAS harus meletakkan 'Wala' kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai suatu yang besar.

Dalam krisis Selangor, Pemuda Kedah meletakkan asas bahawa keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS harus disokong dan diakui sebagai pemutus, kemudian penjelasan Majlis Shura Ulama (MSU) pula sebagai asas kepada pencerahan dalam isu terbabit.

Kuasa pemutus yang ada pada Presiden PAS itu dilihat oleh Pemuda PAS Kedah sebagai suatu 'otoriti' yang tidak harus dilihat kecil kerana peruntukan jelas dalam perlembagaan PAS mengenai kuasa yang ada pada seorang ketua yang menerajui parti Islam ini.

Pugaran semangat membentak ramai perwakilan untuk bertakbir,walaupun suara Ahmad Azam bernada lembut namun nahunya 'tegas' membedil setiap perkara yang disampaikan dengan bidikan yang mengena kepada semua perwakilan untuk bangkit melaungkan agenda Daulah Islamiyah.

Perbahasan akan disambung esok, memandangkan banyak lagi isu yang belum terbahas maka dijangkakan hening pagi di Kota Tinggi esok bakal bertukar ganas dengan ucapan berapi beberapa perwakilan khususnya yang berbentuk sokongan kepada Presiden PAS.Sama-sama kita nantikan. - HARAKAHDAILY 16/9/2014

2 comments:

Anonymous said...

orang muda lain melihat kepada yg lebih besar

orang muda PAS masih duk memikir secar bulatan seperti logo PAS

pusing pusing, berfikir bercakap dalam parti sahaja

patut la majoriti pemuda PAS dilihat tidak cerdik ataupun BODOH saja.

panah said...

macam maju nak maju kpd perkara yg lebih besar sedangkan dlm rumah sendiri ada pengkianat?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails