Friday, September 19, 2014

Tolak MB S'gor Dari PAS! Booo..

Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini kecoh apabila seorang perwakilan menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor jika dipilih oleh Sultan Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014.  
Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini kecoh apabila seorang perwakilan menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor jika dipilih oleh Sultan Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014.  

Seorang perwakilan Pemuda PAS dicemuh apabila beliau dengan penuh semangat menyeru kepimpinan tertinggi parti menolak jawatan menteri besar Selangor sekiranya Sultan Selangor memilih pemimpin daripada PAS bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Insiden itu mencetuskan kekecohan petang ini apabila perwakilan dan pemerhati muktamar bangun dan menjerit "boo" kepada Mohd Sany Hamzah dan mengarahkannya berhenti berucap.

"Jika benar Sultan Selangor lantik menteri besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Pemuda ingin menyarankan supaya kita tolak jawatan itu.
"Setuju semua? Sebab itu janji kita," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini.
"Setia kita dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Sebab itu saya nak sebut, kalau mahu ambil kerusi menteri besar, tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita sapu 20 kerusi di Selangor, kita jadi menteri besar," katanya dan mencetuskan kekecohan apabila disambut dengan "boo" oleh mereka yang hadir.

Sany bagaimanapun tenang menerima bantahan dan berkata ia adalah pendirian sayap Pemuda PAS bersama PR.
"Tak apa, saya tidak ada masalah, itu pendirian Pemuda yang kita janji dan sepakati bersama dalam Pakatan," katanya. – 19 September, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

2 comments:

Anonymous said...

Sepatutnya kena kata jika kita mungkir janji jadi munafik kerana Attakiri begitu mudah menjatuhkan munafik tanpa memahami fiqh hadis walaupun ada Phd seperti Dr Yusuf Qadawi kata tak perlu sebut Dr pada yg mengaku ahli agama tapi menghukum dengan jahil.

ibrahim alpasiri said...

PKR telah langgar perjanjian apabila lantik Wan Azizah sbgai MB tak bincg dgn Pas

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails