Thursday, September 18, 2014

Keputusan Besar Kena Buat Bersama - Presiden PAS


BATU PAHAT: PAS mengingatkan sebarang keputusan besar dalam Pakatan Rakyat perlu dibuat secara bersama melibatkan semua parti.

Penegasan itu dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 di sini hari ini.

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya.

Sebelum itu beliau memberi jaminan bahawa PAS akan terus istiqamah dalam tahaluf siasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat selagi tidak berlaku perlanggaran syarat yang telah digariskan.

"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini," tegasnya lagi.

Prinsip itu ujar Tuan Guru Abdul Hadi, diajar oleh Rasulullah SAW melalui satu hadis riwayat Muslim yang bermaksud;

“Seorang muslim wajib menunaikan persyaratan yang telah disepakati kecuali persyaratan yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” - HARAKAHDAILY 18/9/2014

4 comments:

TALIBUN said...

"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya.

Aku jadi keliru, bukan kah telah disepakati dlm mesyuarat AJK pas pusat pada 17 ogos, kemudian Hj Hadi buat keputusan yg lain dengan membelakangi AJK pas pusat???

panah said...

memang mung keliru... pas setuju 2 nama... yg sampai ke istana hanya 1 nama ! kerja jahat siapa pulak?

Anonymous said...

PAS setuju 2 nama tapi satu nama tarik diri. Mat Panah jangan cuba kelirukan orang pula. Kalau TGHH dah tersilap mengaku saja. Tak khianat ka kalau hantar 3 nama PAS lepas itu hantar pula 2 PKR dan 1 PAS yg bukan dipersetujui dalam mesyuarat AJK. Tak baik berbohong sb bukan akhlak Islam.

panah said...

balik bincang semula laa... mengapa pula terus bersetuju dengan hanya satu nama?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails