Saturday, September 20, 2014

Beri Ruang Kepada Yang Dituduh -Husam Musa

 

BATU PAHAT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli di semua peringkat PAS agar 'tabyyun' (menyelidik) segala maklumat yang sampai kepada mereka sebelum menerima dan menyebarkannya.

Katanya, konsep tabayyun sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan berhadapan dengan isu-isu besar kerana dikhuatiri maklumat yang tidak tepat itu boleh mengundang perpecahan dalaman parti akibat prasangka salah yang wujud.

Adalah lebih baik katanya, segala persoalan serta kemusykilan diselesaikan secara pertemuan dalam suasana ukhuwah.

"Kita bukan nak berdebat, tetapi kita nak bertaaruf. Apa salahnya PAS Pusat buat pertemuan dengan Ulamak PAS Pahang.
"Ulamak Perak apa salahnya jemput saya untuk bertemu," katanya sewaktu sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Ucapan penggulungan beberapa pimpinan hari ini banyak menjurus kepada isu yang berkait isu hubungan ulama-profesional yang dilihat semakin regang. Ianya dipanaskan dengan isu perlantikan Menteri Besar Selangor  yang bahru yang dilihat menajamkan lagi perselisihan kedua-dua jalur ini.

Mengulas isu tuduh-menuduh terhadap individu dan pemimpin tertentu pula, Husam berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam harus memberi ruang kepada yang dituduh. Ianya adalah satu konsep dalam mencari keadilan dalam Islam agar segala kuputusan yang dibuat, adil dan tidak menzalimi orang lain.

"Dalam keadaan ini, cuba tuan-tuan letak diri pada orang yang dituduh itu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

1 comment:

Basar said...

Sudahkan hussam bertemu dengan TSKI orang yang beliau tuduh berlindung di sebalik pas.

Jika belum sila la buat penyelidikan dahulu adakah benar TSKI melakukan segala kejahatan seperti di dakwa oleh rafizi.

Dan untuk pengetahuan hussam, rafizi baharu sahaja menarik kenyataan fitnah beliau dalam satu kes apabila di bawa ke mahkamah.

Malah ketika ditemubual oleh sprm tentang dakwaan rafizi terhadap TSKI tidak ada bukti pun rafizi ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails