Friday, September 19, 2014

PasMa Pasar Malam, Husam Jelaskan Pendirian..



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berucap di majlis ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 September, 2014. Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berucap di majlis ceramah sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh NaziPasMa umpama pasar malam, PAS pasar raya, kata Husam
 
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melabelkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai "pasar malam" dan beliau tidak mungkin akan mengetuai pertubuhan berkenaan yang sebelum ini disebut-sebut akan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

Husam ketika berceramah sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor malam tadi berkata, maklumat yang disebarkan mengatakan dirinya mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu perlu ditapis ahli PAS terlebih dulu tanpa mempercayainya.

"Perlu ada pengesahan. Apabila kita terima sesuatu perkara, tapis dulu, tidak boleh terus telan.
"PasMa ini saya kira pasar malam. PAS ini pasar raya. Jadi, saya duduk dalam PAS, sebagai Naib Presiden PAS. Tiba-tiba jadi presiden pasar malam? Tapislah sikit," katanya di hadapan hadirin yang menyertai ceramah itu.

Katanya, ahli dan penyokong PAS perlu menilai sesuatu maklumat yang diterima kerana terdapat tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk memecahbelahkan PAS.

"Banyak lagi perkara lain yang dituduh kepada pemimpin kita, yang melaga-lagakan satu sama lain, yang kita kena tapis dulu.
"Kita perlu berlaku adil kepada rakan dan musuh," katanya.

PasMa sebelum ini dikatakan bakal menggantikan PAS dalam PR apabila parti Islam itu mengalami pergeseran antara rakan komponen daripada DAP dan PKR berhubung isu menteri besar Selangor.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga melarang ahli PAS menyertai PasMa sekiranya NGO itu bertukar status menjadi parti politik, dan kerana PAS sudah mempunyai lajnah kebajikan mereka sendiri.

Tuan Ibrahim yakin isu PasMa menjadi alternatif PAS tidak timbul memandangkan dalam sejarah, parti Islam seperti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) tidak akan mampu bertahan lama.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagaimanapun tidak menghalang penubuhan mana-mana organisasi bukan politik yang menyokong PR, sebaliknya melarang penubuhan parti politik Islam kerana ia bakal memberikan kesan positif kepada PAS. – 19 September, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails